nuffnang
berbuka puasa ++ sambut birthday mommy
24/08/2012, 6:22 PM..
Assalammualaikum my friend n ahli2 blogger...
Mesti semua tengah mood beraya kan nie...tp ader juga segelintir kita yang dah start kerja...nira sekarang nie dah ader kat rumah dah pon...seminggu nira dapat cuti dari office kiranyer minggu depan iaitu 27/08/2012 nie dah start kerja la..
Raya tahun nie nira dan seisi keluarga beraya di Kuala Lumpur iaitu di rumah nenek sebelah mak n di rawang rumah nenek belah ayah...raya di bandar juga la kiranya..xder kampung pon..hehehe...tp Alhamdulillah raya tahun nie tidak kurang meriahnyer seperti raya2 tahun lepas...amin~
Walaupun bulan ramadhan sudah lama berlabuh tirai, namun nira nak kongsi sedikit detik2 indah sepanjang bulan ramahdan tahun 2012 ini. Nira akui, Ramadhan tahun ini membawa 1001 makna dalam hidup nira. Nira bersyukur kerana sepanjang Ramadhan ni nira tidak putus2 solat tarawikh bersama ibu tersayang, malah nira juga jarang mendengar muzik2 dekat radio meskipun itu adalah salah satu hobi nira, di samping nira juga bnyak mengaji Quran...Alhamdulillah...nira benar2 rasa kehilangan bila bulan Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita..
Kami sekeluarga sempat juga menyambut birthday Mommy di restoran steambot di samping berbuka puasa sekali...
gambar kami sekeluarga~
Athuf, Nisa n Me..~
Bersama ayah tersayang~
Akak n her husband~
Sweet couple, my father n mommy~
"Happy birthday Mommy, semoga panjang umur n di murahkan rezeki...amin~"
3:54 AM | | 0 Comments
The Phantom Of The Opera
The phantom of the opera. Pasti kawan2 pernah baca cerita ini kan. Sebenarnya saya amat meminati cerita The phantom of the opera ni. Saya mula membaca cerpen ini time tingkatan 2. Cerita ini mengisahkan seorang gadis cantik bernama Christine Daae yang dilanda kesedihan dan kesepian setelah bapa dan ibunya meninggal dunia. Christine mencuba nasib dengan bernyanyi di Gedung Opera, Paris.
Di gedung itu, Christine sering mendengar suara yang bernyanyi dan berbicara dengannya. Dia mempercayai suara itu berasal dari Malaikat Musik yang sepakat untuk mengajarnya musik surgawi. Tetapi bagi penyanyi opera yang seangkatan dengannya merasakan bahawa suara itu merupakan suara hantu opera yang telah bertahun-tahun memeras pengelola gedung tersebut. Cita-cita Christine untuk menjadi terkenal akhirnya tercapai. Penduduk di Paris amat meminati Christine Daae, kerana dia mempunyai suara yang merdu serta rupa paras yang cantik.
Hantu Opera yang sering di perkatakan itu merupakan seorang pemuda yang memiliki wajah yang cacat di sebelah kanan, yang dikenali sebagai Eric. Eric amat mencintai Christine, namun Christine pada ketika itu sudah jatuh cinta dengan Raoul de Chagny. Percintaan Christine dan Raoul di tentang hebat oleh Eric sehingga Eric sanggup membunuh Raoul jika Christine tidak berkahwin dengannya. Akhirnya Christine akur dengan permintaan Eric. Dia terpaksa berkahwin dengan Eric untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya, Raoul.
Majlis perkahwinan Eric dan Christine berjalan seperti yang di rancang, sebelum mereka disatukan Christine merelakan dirinya untuk mencium Eric. Pada ketika itu, Eric merasakan bahawa Christine hanya mencintainya kerana keterpaksaan dan bukan kerana cinta. Akhirnya Eric melepaskan Christine. Dia tidak sanggup memaksa gadis itu untuk mencintainya.
Christine dan Raoul akhirnya bersatu. Mereka berdua meninggalkan kota Paris namun sehingga kini tiada sesiapa pun yang tahu di manakah mereka berada.
Nota kaki: Best2~
6:10 AM | | 0 Comments
Family Trip to Phuket, Thailand
16,17,18 bulan Mei 2012 lepas, kami sekeluarga pergi bercuti di Phuket, Thailand. Seperti yang kita tahu Phuket adalah sebuah tempat peraginan yang amat menarik dan di kenali serata dunia. Kami sekeluarga berpeluang bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Seriously kawan2, tempatnya memang amat menarik...
Sepanjang kami berada di sana, kami menginap di Millennium Resort hotel di kota Patong, Phuket. Hotel ni boleh dikata kan hotel lima bintang kerana segala kelengkapan serta perkhidmatan yang di sediakan amatlah selesa dan memuaskan hati kami.
Semasa berada di sana iaitu pada hari kedua kami di sana, banyak tempat menarik yang sempat kami lawati salah satunya adalah Karon View Point. Tempat ini menunjukkan permandangan luas dari segala sudu di Phuket. Kami dapat melihat pulau2 di Phuket dari arah yang sangat jelas. Memang amat menarik serta cantik.
Seterusnya kami juga tidak ketinggalan untuk melihat permandangan di sekitar laut di pusat peraginan tersebut. Permandangannya memang amat memuaskan hati kami.
Gambar di atas ini menunjukkan permandangan di sekitar hotel kami..cantik kan!!!
Kami sekeluarga sempat juga bershopping di luar hotel. Tempat shopping yang paling terkenal serta murah di kawasan tersebut adalah Big c. Di sini, kami dapati harga yang di tawarkan adalah berpatutan.
Seriously, di sana kami amat susah untuk mencari makanan. Gambar di atas menunjukkan gambar kami makan breakfast di hotel. Makan tengahari serta malam kami terpaksa mencari restoran halal di luar hotal.
Kami juga sempat bershopping di sekitar hotel. then dalam otak pun kata Shopping!!Shopping!!!...haha...Memang best!!
nota kaki: Kami mengucapkan terima kasih kepada Jenny iaitu pemandu pelancong kami yang ringan tulang membantu kami sekeluarga sepanjang berada di sana...Thanks Jenny!!!
7:01 AM | | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.
nuffnang
Followers
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

















