nuffnang
Gambar potret princess2 terkenal Walt Disney

2:24 AM | | 0 Comments
Hutan Amazon, hutan paling digeruni!!!

Amazon, adalah sebuah hutan hujan yang paling terbesar di dunia yang meliputi wilayah seluas 7 juta kilometer persegi dan kawasan nya terletak di 9 buah negara iaitu Brasil, Kolombia, Peru, Venezuela, Ekuador, Bolivia, Guyana, Suriname serta Guyana Perancis. Ia didiami oleh suku kaum asli yang masih tidak mengenal dunia luar, ketika krew helikopter melintasi kawasan tersebut suku kaum asli melakukan sumpitan kearah mereka menyebabkan krew helikopter itu tidak berani untuk turun kebawah kerana tidak pasti apakah yang akan terjadi apabila mereka turun, atau adakah suku asli itu 'memakan manusia'.





Semasa membuat penyelidikan di hutan tersebut, seorang ayah, Mike Warner (73) beserta anaknya, Greg (44) telah menemui Anaconda raksasa yang juga merupakan anaconda terbesar di dunia. Anaconda itu sepanjang 40 meter dengan diameter badan 2 meter.

Lebih dari 1,200 spesis tumbuhan dan haiwan baru di temui di hutan Amazon antaranya ialah Ranitomeya amazonica, iaitu kodok luar biasa dengan berwarna merah di kepalanya dan warna biru di tubuhnya.

Burung kakak tua dikenali sebagai Pyrilia berwarna pelangi yang botak di kepala.

Ikan keli merah kecil serta buta yang juga dikenali dengan nama Phreatobius dracunculus.

Serta yang paling digeruni manusia, iaitu ikan Vampire piranha juga turut terdapat di dalam hutan tersebut, ikan ini mempunyai gigi taring sepanjang 6 inci, ia juga merupakan ikan piranha 'membunuh'.

nota kaki: jgn la sesekali mandi di air terjun hutan amazon ini ..takut terserempak dgn piranha mahu pon anaconda...gerrrr...seram!!
8:29 AM | | 3 Comments
yUnAlis ZaRai (YUNA)

Siapa yang tidak kenal selebriti Malaysia yang semakin naik memuncak namanya...pada awal kemunculannya, Yuna lebih di kenali sebagai artis independent. Lagu 'dan sebenarnya' berjaya menaikkan nama nya hingga dikenali ramai. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dilahirkan pada 14 November 1986 di Alor Star, Kedah. Yuna bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai juga bermain gitar serta mencipta lagu. Imej SOPAN bertudung dan penuh 'up to date' yang di bawa gadis kelahiran kedah ini berjaya memukau ramai peminat wanitanya.
Yunalis Zarai merupakan graduan dalam bidang degree perundangan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan dia berjaya menghabiskan pengajiaannya sekitar tahun 2009. Yuna juga mempunyai butiknya sendiri iaitu IAMJETFUELshop di Subang Jaya, Selangor.
Antara anugerah yang dimenangi:
~ Artis baru terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009
~Lagu terbaik 'Dan Sebenarnya' dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009
~Lagu pop terbaik 'Dan Sebenarnya' dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009
~Lagu inggeris tempatan terbaik 'Deeper Conversation' dalam Anugerah Industri Musiz (AIM) 2009
~Naib juar keseluruhan lagu 'Dan sebenarnya' dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 2009
~Artis baru wanita popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009
~Penyanyi Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010
Nota kaki: lepas nie harap2 Yuna dapat menang lebih lagi..hehe..InsyaAllah...All the best Yuna...
11:50 PM | | 0 Comments
Nuffnang
nuffnang
Followers
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."












