nuffnang

Percutian Ke BANDUNG, Indonesia

Assalammualaikum...

Hai, bertemu kita kembali...

Kali ni nira nak bercerita sedikit pengalaman bercuti ke Bandung, Indonesia pada 24 hingga 27 February 2018 lepas. Percutian ini selama 4 hari 3 malam. Nira pergi bersama ibu serta anak tersayang. Jika ikutkan Husband Nira pun turut serta, namun pada ketika itu husband Nira ada urusan kerja, so, dia tidak jadi follow kami ke Bandung.


Flight kami delay dua kali, pergi dan balik. Gambar kenangan menungu Flight yang delay. Mikhail sedap tidur dalam pangkuan ummi.

Di sana, Kami bermalam di Ibis Hotel yang terletak tengah-tengah bandar Bandung. Jarak di antara Hotel kami dengan Airport Hussein Sasteranegara hanya 15 minit sahaja. Selama kami di sana, ini lah tempat-tempat yang kami pergi.

Bakso Boedjangan, Bandung

Memandangkan Nira ni hantu Bakso, so, tidak lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Bakso ni dari negara asalnya. Kami menikmati hidangan Bakso di restauran Bakso Boedjangan yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Di sini banyak hidangan Bakso yang tidak pernah di lihat di Malaysia. Memang enak Baksonya.
 



Bakso Wagyu, kuah biasa, hidangan mak Nira



Bakso Special Wagyu Cincang dengan Kuah pedas Rawon, Hidangan Nira

Dusun Bambu, Lembang

Jarak di antara Dusun Bambu ni dengan Hotel kami adalah selama 1 jam lebih. Tempat dia agak luas.  Nira plan makan lunch di sini kerana banyak komen-komen yang best tentang tempat ini. So, bila sendiri pergi dan lihat memang benar, di sini memang best.



Cantikkan...




Di belakang tu adalah tempat makan kami yang di perbuat daripada kaca serta diselaputi dengan bambu dan terapung. 




Suasana Di dalam. Sangat nyaman dengan alunan music2 jawa.

Menu2 makanan yang kami order:


 Otak2 ikan


Nasi bakar special, hidangan mak Nira


Bebek setan sambal ijo, hidangan Nira

Farm Housa, Lembang

Tempat seterusnya kami tuju adalah Farm House, tempat ini sama juga jaraknya dari Hotel kami adalah selama 1 jam lebih.

Di sini You all boleh tukar tiket dengan susu segar ye...









Di sini banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti memberi susu kepada anak sapi, melihat rumah hobbit, memberi makan kepada sapi dan sebagainya. Memang penat berjalan di keliling Farm House ni tetapi berbaloi.

Floating Market, Bandung

Floating market ni terkenal dengan kedai di atas sampan. Memang unik. Jika ingin membeli makanan di sini harus makan di sana terus, di sana di sediakan tempat makan yang selesa yang terapung di atas air. Makanan di sana tidak boleh bungkus tau. Di sini You all boleh juga tukar tiket dengan secawan coffee.

Tempat dia sangat besar. Jika larat untuk berjalan, you all boleh juga singgah di Rainbow garden serta kota mini yang terletak tidak jauh dari floating market ni.
  




Gampling, Bandung

Tempatnya sangat indah, cantik dan nyaman. Dikelilingi oleh tanaman Teh. Kami sempat mengambil peluang untuk menjamu makanan tengahari di restauran berbentuk kapal ni.




Cantikkan..


Menu tengahari Nira, Cilok..



Keropok kulit sapi. memang best...

Kawah Putih

Tempat ni memang la popular. Ramai di antara kita mengenali tempat ni. Pertama kali jejak kaki disini memang best. Tips ke sini ialah sediakan penutup hidung khursusnya kepada kanak2 kerana baunya tidak nyaman. Bau Gunung ni penuh dengan bau belerang tapi permandangannya amatlah cantik.



Pasar baru / Rumah sulaman

Pertama kali sampai ke bandung di sini lah tempat kami ber SHOPPING!!! memang banyak barang-barang murah terdapat di sini. Jaraknya di antara Hotel kami adalah selama 20 minit sahaja.



Di sekitar pasar baru ni, memang banyak orang buka kedai beroda terutamannya menjual bakso. So, memang happening la bagi orang2 yang hantu bakso ni.


Di rumah sulaman. Sampai tertido anak ummi menunggu ummi dan grandmanya shopping kain. Nasib baik tokey kedai ni baik hati kerana memberikan tilam untuk keselesaan anak ummi tidur.

Kami juga sempat singgah di kedai menjual kek lapis serta kedai menjual barang-barang kulit. Memang murah barangan kulitnya seperti kasut, tali pinggang, beg tangan dan sebagainya.


Bergambar kenangan bersama pak supir Darsim. Dialah yang membawa kami kehulu kehilir, mengangkat beg kami. Memang baik serta ramah orang nya. 

Sepanjang percutian kami di bandung, Nira hanya mengupah pak supir sahaja untuk menjadi Driver kami dan perjalanan serta 'schedule kemana kami mahu pergi' semuanya di rancang oleh Nira sendiri awal-awal ketika di Malaysia. Jika mahu perkhidmatan pak supir ni boleh la berunding dengan Pak Supir Salim, Nira berikan sekali nombor phone nya +6281322731636.


Ini lah telatah Mikhail sepanjang penerbangan kami. Mujurla paramugari air asia sangat baik hati dengan memberi sudu serta cawan plastic kepadanya untuk bermain dengan aman. HAHAHAH

Nota kaki:

-Jika ke bandung jangan lupa bawa universal adapter yer. Mudah untuk you all charges hand phone dan sebagainya.
- Kepada sesiapa yang membawa anak kecil seperti nira, jangan bimbang tentang susu serta nestum anak, kerana semuanya boleh di bawa naik di atas kapal terbang, sama ada dalam bungkusan atau pun yang sudah di bekalkan
- Stroller anak tidak termasuk charges berat. Stroller baby tu boleh di simpan sama ada dalam kaben atau dalam kargo, itu semua terpulang kepada anda. 

Pre Wedding Photoshoot - Lily Wahida and Hanif

Dated :- 02 February 2017
Day :- Wednesday
Venue :- Pullman Putrajaya
Bride wannabe :- Lily Wahida and Hanif




Photo By :- Hanira Rashid

"SelaMat Hari LaHiR OpaH"



☺Happy Birthday Opah, May Allah Bless you,
and May Allah love you like you love us,
May every day Bring You Joy and Wonder!
May Your Birthday be The Most special Day Of the Year for You☺
❤❤❤❤Roses are Red Sky is Blue,
You are Great, We love You❤❤❤❤



Video Credit to Pak Njang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

Pages

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Music


Template Brought by :

blogger templates