nuffnang

The Phantom Of The Opera


The phantom of the opera. Pasti kawan2 pernah baca cerita ini kan. Sebenarnya saya amat meminati cerita The phantom of the opera ni. Saya mula membaca cerpen ini time tingkatan 2. Cerita ini mengisahkan seorang gadis cantik bernama Christine Daae yang dilanda kesedihan dan kesepian setelah bapa dan ibunya meninggal dunia. Christine mencuba nasib dengan bernyanyi di Gedung Opera, Paris. 

Di gedung itu, Christine sering mendengar suara yang bernyanyi dan berbicara dengannya. Dia mempercayai suara itu berasal dari Malaikat Musik yang sepakat untuk mengajarnya musik surgawi.  Tetapi bagi penyanyi opera yang seangkatan dengannya merasakan bahawa suara itu merupakan suara hantu opera yang telah bertahun-tahun memeras pengelola gedung tersebut. Cita-cita Christine untuk menjadi terkenal akhirnya tercapai. Penduduk di Paris amat meminati Christine Daae, kerana dia mempunyai suara yang merdu serta rupa paras yang cantik.

Hantu Opera yang sering di perkatakan itu merupakan seorang pemuda yang memiliki wajah yang cacat di sebelah kanan, yang dikenali sebagai Eric. Eric amat mencintai Christine, namun Christine pada ketika itu sudah jatuh cinta dengan Raoul de Chagny. Percintaan Christine dan Raoul di tentang hebat oleh Eric sehingga Eric sanggup membunuh Raoul jika Christine tidak berkahwin dengannya. Akhirnya Christine akur dengan permintaan Eric. Dia terpaksa berkahwin dengan Eric untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya, Raoul. 

Majlis perkahwinan Eric dan Christine berjalan seperti yang di rancang, sebelum mereka disatukan Christine merelakan dirinya untuk mencium Eric. Pada ketika itu, Eric merasakan bahawa Christine hanya mencintainya kerana keterpaksaan dan bukan kerana cinta. Akhirnya Eric melepaskan Christine. Dia tidak sanggup memaksa gadis itu untuk mencintainya. 

Christine dan Raoul akhirnya bersatu. Mereka berdua meninggalkan kota Paris namun sehingga kini tiada sesiapa pun yang tahu di manakah mereka berada.





Nota kaki: Best2~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

My Facebook

Follow Me

 Add Me  Follow Me

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Template Brought by :

blogger templates