nuffnang

~Cerita HORROR time kecil2 dulu~

Assalammualaikum..
nampak tajuk agak menarik sikit kan..sekarang jam tepat pukul 1:04 malam.

malam ni rasa macam tak boleh tidur je.bila teringat cerita seram melibatkn anak patung macam annabelle ke chucky ke,teringat zaman kecil2 dulu..

Masa nira kecil2 dulu penah mengalami cerita horror melibatkan anak patung..

Time zaman kanak2 dulu, umur dalam 9 ke 10 tahun macam tu, nira memang suka sangat dengan anak patung..terutamanya anak patung barbie doll..time 2 memang banyak koleksi anak patung...memang terlampau minat la sangat2 sampai tidur pun di temani dengan anak patung..

Pada satu malam ni, sedang nira bermain dengan satu anak patung ni yang nira ingat anak patung tu rambut dia warna putih..time 2 nira tengah tukar2 kan bju die..kebetulan pula pakcik nira bertandang ke rumah..tengah kusyuk2 main. Mak nira panggil dari ruang tamu suruh nira bersalam dgn pakcik saudara tersebut. Nira pn berhenti bermain..

Masa berjumpa dgn pakcik saudara terus dah tak ingt dgn anak patung tersebut sb dok sibuk2 melayan saudara yg datang hingga la lewat malam time nak tido. Time 2, nira ingat dah pukul 12 malam..pakcik pun dah pulang,so time tu sangat2 la ngantuk. Masa nak tido tu perasan yang pekakas anak patung tadi tidak berkemas dalam kotaknya.nira pun main campak ke tepi sebab dh mengantuk sangat..kebetulan pula time tu akak nira nak tido sekatil dgn nira, nira pn agree.

Masa malam 2, semua orang dah tido,nira tiba2 terjaga..masa pejam celik pejam celik 2 nira ternampak anak patung td sedang BERGERAK..alangkah terkejutnya nira masa 2.. anak patung 2 kelihatan seolah2 tengah mandi..nira buka mata besar2 takot2 bermimpi tapi itu adalah reality..kakak yang tido di sebelah pun nira tak berani nak kejut. Time 2 terkaku gila..lama juga la anak patung 2 usap2 badan dia.nira tutup muka dgn bntal,harap2 dia tak lompat kt nira..sampaila nira terlelap.

Bila sedar je esok da pagi.nira pun ceritala dekat akak..akak mula takut..masa kitaorang nak pergi sek agama, ktorang patah2 kan kepala,tangan,kaki anak patung tersebut dan campak2 dekat longkang yang berbeza.alih2 masa balik je dr sek agama kitaorang tengok patung 2 ada betul2 dekat dpn pagar rumah siap semuanya lengkap..lepas 2,apa lagi ktorng pun bakar patung tersebut.

Lepas kejadian 2, semua anak patung nira buang..sebab rasa fobia dgn anak patung sampai la sekarang..



Nota kaki: pesanan untuk kawan2 dan juga untuk diri sendiri, nak main dengan anak patung boleh tapi biarlah berpada2..


~BeRaya di KaMpunG~

Tahun ni (2014) nira dan suami beraya di kampung Kuala Kangsar, Perak. First time raya di kampung suami ni....Alhamdulillah.....semuanya berjalan dengan lancar..

Seronok sangat....Setelah sekian lama tidak dapat merasa beraya di kampung ni...Amat meriah sekali...Terasa sangat2 mood Raya tu....dengan suasana nya, masyarakatnya...dan banyak lagi....Membawa satu kenangan yang tidak dapat dilupakan...

Di sini Nira nak berkongsi sedikit pengalaman beraya di sana.....Jeng3...

Biarlah Gambar sahaja yang berbicara ya...hehe.....



Masa akhir bulan Ramadhan...Aktiviti kami pada petang tu adalah membakar lemang.....semua sanak saudara bergotong royong membuat lemang...


Gambar di atas ni adalah gambar nira dengan suami...sepanjang berada di sana kami berdua ni dah macam belangkas...kemana pergi sentiasa bersama....haha...kalau pergi jalan-jalan rumah saudara-mara kalau nampak muka suami mesti muka nira pun ada juga...hehe


 Ini pun lagi satu pasangan yang sentiasa bersama, Aina dan Dek Wan...


Sepanjang berada di rumah pak ngah, kami suka sangat bermain game ni 'carrom'...lawan2 dengan sepupu-sepupu...kadang2 ada sampai yang tak puas hati sebab kalah...hehe...best!!


Gambar nira dengan keluarga mertua pada hari raya pertama....


Pada malam hari raya pertama, kami sempat berjalan-jalan ke Zoo Taiping...


Hari raya kedua. beraya di rumah Mak Long...disini yang paling best dapat memancing, dan bermain2 di sawah padi....


Jalan2 bersuka ria ya....


Bersama Alin....


Bersama suami, duduk2 bersantai di atas pankin 


Malam raya kedua, kami membeli belah dan makan-makan di pekan....


Lepas tu apa lagi...pasang pelita serta main-main mercun dan bunga api beramai-ramai....Terasa betol keseronokkan berhari raya...

Masa raya ketiga kami dah nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur...Kami pulang pada waktu tengah hari...so, pagi tu sempat juga bersantai di Tasik, Taiping...

Ok. sampai di sini sahaja ya...lain hari jumpa lagi..hehe

Nota Kaki: Permulaan yang bermakna~selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari nira sekeluarga ya.kosong-kosong.

~my wedding montage~


~22.02.2014,
Masih teringat lagi detik2 manis bersama suami tersayang ketika diijab kabul dulu....
kenangan manis yang terukir itu tidak mungkin dapat dilupakan....

ALHAMDULILLAH.......

semuanya sudai selesai...kami sudah sah menjadi suami isteri....

tajuk untuk entry ni agak menarik sekali....~my wedding montage~

bila buka je montage ni teringat kembali kenangan time anak dara dulu....hehe....


video

Nota kaki : Thanks to my officemate, fiza and safiah for this speacial montage...

Honeymoon~Pulau PErhentian~

Assalammualaikum,
Ermmmm... dah lama nyer tak update blog, akibat dari kebusy an yang tak terhingga.. haha...sekarang ni pun, Alhamdulillah, ada kelapangan untuk update blog ni...so, kali ni nira nak kongsi sedikit pengalaman bercuti di pulau perhentian dengan my hubby...ehem...Honeymoon kami yang pertama... :)

Tempat peranginan ini adalah pilihan pertama suami nira, so, nira pun ikut jer...

Tup2...bila dah sampai sana, memang best tempat nie...tak menyesal la pergi sini...maklumla honeymoon kami ni cara "backpacker", main redah jer...tapi Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dari segi kediaman, tempat makan, tempat bersuka ria dan lain2....

So, sepanjang berada di sana, tidak ketinggalanlah untuk bergambar....

 gambar bersama suami tersayang

 Cantikkan laut die...sangat jernih...

 TEmpat kediaman kami...di luar dan di dalam kawasan pulau...serta tempat menjamu selera kami...Santai jer...

Ceh2...sempat pula kan...haha...nie suami nira yang snap....


OKlah...Thanks sebab sudi baca entry nira yang xseberapa nie...lain hari nira cerita topic lain pula k...bye2



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

Pages

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Music


Template Brought by :

blogger templates