nuffnang
~BeRaya di KaMpunG~
Tahun ni (2014) nira dan suami beraya di kampung Kuala Kangsar, Perak. First time raya di kampung suami ni....Alhamdulillah.....semuanya berjalan dengan lancar..
Seronok sangat....Setelah sekian lama tidak dapat merasa beraya di kampung ni...Amat meriah sekali...Terasa sangat2 mood Raya tu....dengan suasana nya, masyarakatnya...dan banyak lagi....Membawa satu kenangan yang tidak dapat dilupakan...
Di sini Nira nak berkongsi sedikit pengalaman beraya di sana.....Jeng3...
Biarlah Gambar sahaja yang berbicara ya...hehe.....
Masa akhir bulan Ramadhan...Aktiviti kami pada petang tu adalah membakar lemang.....semua sanak saudara bergotong royong membuat lemang...
Gambar di atas ni adalah gambar nira dengan suami...sepanjang berada di sana kami berdua ni dah macam belangkas...kemana pergi sentiasa bersama....haha...kalau pergi jalan-jalan rumah saudara-mara kalau nampak muka suami mesti muka nira pun ada juga...hehe
Sepanjang berada di rumah pak ngah, kami suka sangat bermain game ni 'carrom'...lawan2 dengan sepupu-sepupu...kadang2 ada sampai yang tak puas hati sebab kalah...hehe...best!!
Gambar nira dengan keluarga mertua pada hari raya pertama....
Pada malam hari raya pertama, kami sempat berjalan-jalan ke Zoo Taiping...
Hari raya kedua. beraya di rumah Mak Long...disini yang paling best dapat memancing, dan bermain2 di sawah padi....
Jalan2 bersuka ria ya....
Bersama Alin....
Bersama suami, duduk2 bersantai di atas pankin
Malam raya kedua, kami membeli belah dan makan-makan di pekan....
Lepas tu apa lagi...pasang pelita serta main-main mercun dan bunga api beramai-ramai....Terasa betol keseronokkan berhari raya...
Masa raya ketiga kami dah nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur...Kami pulang pada waktu tengah hari...so, pagi tu sempat juga bersantai di Tasik, Taiping...
Ok. sampai di sini sahaja ya...lain hari jumpa lagi..hehe
Nota Kaki: Permulaan yang bermakna~selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari nira sekeluarga ya.kosong-kosong.
3:00 AM | | 0 Comments
~my wedding montage~
~22.02.2014,
Masih teringat lagi detik2 manis bersama suami tersayang ketika diijab kabul dulu....
kenangan manis yang terukir itu tidak mungkin dapat dilupakan....
ALHAMDULILLAH.......
semuanya sudai selesai...kami sudah sah menjadi suami isteri....
tajuk untuk entry ni agak menarik sekali....~my wedding montage~
bila buka je montage ni teringat kembali kenangan time anak dara dulu....hehe....
Nota kaki : Thanks to my officemate, fiza and safiah for this speacial montage...
2:24 AM | | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.
nuffnang
Followers
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."