nuffnang
Our second Honeymoon #TripKorea
Assalammualaikum, welcome back…haha hari ni terasa rajin
pula nak update blog. Tajuk nampak menari kan…actually nira dengan hubby pergi
ke korea pada awal bulan lepas lagi cuma masa tak mengizinkan nira untuk update
blog pada masa itu.busy sangat2.Sekarang Alhamdulillah, dah reda sikit.
Ok. Actually nira nak kongsi sedikit pengalaman pergi ke korea ni. Kami dah rancang nak pergi sejak tahun lepas lagi memandangkan ramai kawan2 Nira dah pergi ke sana dan dorang kata best. So decided untuk pegi dalam awal tahun ni, iaitu bulan 3. Time tue pengakhiran waktu winter, so sejuk dia mencecah paras -7.
Kami pergi ke sana 4 hari 3 malam (5 March hingga 8 March). Kami backpacker. So, yang buat rancangan ni Nira, sebab hubby busy kerja, nasib baik la hubby ni jenis yang tak kisah. So, sebelum pergi Nira akan pastikan perjalanan kami ke sana selamat dan enjoy.
Dari sini kami ke KLIA 2 dan perjalanan hampir 6 Jam untuk
sampai ke Incheon Airport. Sampai2 di sana kami naik bas no 6002 untuk ke Jogno
3(sam)ga. Kami menginap di Jongno Tower selama 3 hari 2 malam. Di sekitar
Jongno Tower memang sukar untuk mencari makanan halal, so dari Malaysia lagi
kami dah siap sedikan sedikit makanan seperti meggie, biskut, roti, chocolate
dan macam2 lagi. Kat sana mood makan memang la meningkat sebabnya cuaca di sana
sangat2 sejuk sampai menusuk ke tulang. Tempat penginapan kami ni memang
best sebab semuanya ada, internet, tempat panas air, tempat masak, mesin basuh
baju dan banyak lagi. Lagipun tempat penginapan kami ni memang betul2 berdekatan dengan Subway (kemudahan transport macam tren), so jika nak pergi mana2 memang
mudah.
Pada keesokan harinya (6 March), kami melawat istana lama di
Gyeongbokgung. Di sini kami dapat melihat istana lama yana ditinggalkan sejak
dahulu lagi. Keadaan istana ini still nampak menarik dan ramai pelancong2
yang tidak ketinggalan untuk singgah di sini. Istana dia memang la sangat besar. Di sini, kami sempat lagi berposing dengan baju tradisi masyarakat korea. Kami juga tidak ketinggalan melawat muzium Korea di sekitar istana lama ini.
Hampir jam 1 tengahari kami meneruskan rancangan ke Masjid
Itaewon untuk menunaikan solat zohor. Di kawasan Itaewon ini, banyak pelajar2
malaysia yang menetap di sini, so tidak hairan la makanan halal senang didapati. So,kami singgah di Korean
restoran yang menghidangkan makanan-makanan korea. So, dapat juga la merasa
masakan mereka. Kami juga sempat membeli – belah makanan ringan untuk tambahkan
stock malam nanti.
(7 March), destinasi kami seterusnya adalah di gunung
bukhansan, perjalanan dari kediaman kami ke sana lebih kurang setengah jam
sahaja, so sampai2 di sana amat terkejut melihat ramai warga2 tua mendaki
gunung dengan selambenye. Di gunung bukhansan ini sangat la sejuk, kaki Nira ketika itu
memang sakit tak terkata, sebab menahan sejuk sampai ke tulang kaki, so
terbatas sedikit perjalanan. kami tak daki sampai habis pun, just
melihat permandangan sekitarnya yang sangat cantik.
Selesai merasai permandangan di kawasan gunung bukhansan,
destinasi kami seterusnya adalah di Pulau Nami. Perjalanan mengambil masa lebih
kurang 2 jam dari kediaman kami. Di sana, kami menaiki bot untuk ke pulau tersebut. Pulau Nami ni adalah antara pulau yang terkenal di situ, mana taknya melalui cerita “winter sonata” yang membuatkan tempat ni terkenal hingga ke Malaysia. Jika
ikutkan Nira ni bukanlah peminat cerita korea pun, just nak merasai keindahan seperti dalam cerita tersebut. Tapi memang best la!!! Untuk couple2, memang sesuai sangat pergi ke
tempat ini. Lagu romantic dimainkan sepanjang perjalanan di pulau tersebut.
Romantik kan!!Di sana kami sempat lunch makanan korea. Haiii, makanan korea
lagi!!!hahaha. Selesai je di Pulau Nami, kami meneruskan
perjalanan ke incheon, di sana kami menempah hotel yang berdekatan dengan
Incheon airport. Keadaan bilik sangat2 memuaskan. Lengkap dengan mesin basuh
lagi.Kami booking bilik berdekatan dengan Incheon airport sebab mudah untuk meneruskan perjalanan pulang ke tanah air nanti.
Keesokannya (8 March) kami selamat pulang ke Malaysia pada
waktu petang. So, sepanjang di sana memang banyak pengalaman yang tidak boleh
dilupakan khasnya kepada masyarakat sana yang sangat2 ringan tulang membantu
kami walaupun mereka tidak fasih bertutur bahasa English. Transport di sana
memang tip top, kami tiada kesukaran sepanjang menaiki transport mereka. So,
harapan nak pergi ke sana memang la ada. But hubby kata next trip dia yang nak
buat perancangan dan working paper. so ikut je la…haha…Ok sampai di sini sahaja
coretan Nira. Terima kasih ye sebab meluangkan masa baca pengalaman kami ini.
Bye2
Nota kaki : sepanjang di sana subway maps ni sangat2la bernilai....
Nota kaki : sepanjang di sana subway maps ni sangat2la bernilai....
8:13 PM | | 1 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.
nuffnang
Followers
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."