nuffnang
Percutian ke Melbourne, Australia
Assalammualaikum pembaca sekalian,
Percutian ke Melbourne, Australia, Ya, itulah tajuk entry nira kali ni. Nira ingin bercerita dan berkongsi pengalaman kepada pembaca sekalian tentang percutian kami.
Nira bercuti bersama suami serta anak nira yang berumur satu tahun sebulan. 26 July 2018 hingga 31 July 2018, ialah tarikh percutian kami. Di Australia ketika ini adalah musim sejuk.
Tiket kapal terbang serta penginapan telah pun Nira tempah awal, dan semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Kami juga ada membuat visa. Visa ni boleh di buat secara online, bayarannya sekitar RM20 macam tu. Perlu diingatkan, jika lewat membuat visa charge nya amatlah mahal. Pada sesiapa yang ingin drive sendiri ketika melancong di Australia tidak perlu translate lesen kerana lesen sekarang ni dah boleh di gunakan semasa drive di sana.
Seterusnya mencari kereta sewa pula, yang ni suami nira yang uruskan. Dari pengalaman kami, untuk mendapatkan harga murah ketika menyewa kereta di sana, kawan-kawan haruslah membuat tempahan melalui online. Harganya jauh berbeza dengan menyewa kereta tanpa online ni..di ingatkan juga, jika ingin membuat tempahan online, mereka perlukan kad kredit ye.. memang ada syarikat kereta sewa di sana yang boleh terima bayaran melalui cash namun deposit insurans semua tu perlu di buat melaluli kad kredit. Ini amat sukar buat kami ni yang memang tak gunakan kad kredit. So, last minit la nak buat kad kredit ni..HUHU...kami di reject oleh banyak syarikat sewa kereta di sana kerana tiada kad kredit. Kad debit mereka tak terima ye..So, last minit juga kami dapat contact dengan uncle Jerry. Nombor phone Uncle Jerry ni pun kami cari dari blog kawan-kawan juga. Ni nombor phone dia +61 422 798 888. Khidmat uncle Jerry ni memang best, harga sewa untuk satu hari adalah Aud50. Uncle ni siap hantar kereta di penginapan kami pula tu. Alhamdulillah...
Kawan-kawan perlu ingat jika mempunyai anak kecil macam nira ni, perlu menyewa juga baby carseat ye..kat sana undang-undang jalan raya amatlah ketat. Carseat baby ni biasanya diletakkan di tmpat duduk belakang kereta.
Di sana kami membawa bekal BRAHIM's. Ubat-ubatan, makanan serta susu anak pun kami bawa juga. Kawan-kawan tidak perlu risau nak bawak semua tu. Mereka sangat strict dalam pemeriksaan makanan ni terutamanya makanan jenis susu dan daging. Semasa dalam kapal terbang tu, mereka ada bagi satu form untuk kita isi. Declaration form macam tu la. So, kawan-kawan perlu membuat declaration terhadap barang-barang tesebut termasuk segala jenis ubat ubatan. Jika tidak buat declaration ni sukar untuk tembusi pemeriksaan kastam di sana.
Antara Tempat yang kami lawat sepanjang berada di sana :-
Royal Exhibition Building & Carlton Garden
Kami bersiar-siar di Calton Garden ni sambil makan breakfast.
Mikhail dengan umi
Sempat kael ber tatih tatih yeee
abi dan kael bersantai sambil memberi makan kepada burung-burung
Jalan-jalan Kota Melbourne
Penginapan kami ni memang betul-betul berdekatan dengan kota melbourne, so, kami mengambil kesempatan untuk berjalan kaki menghirup udara segar kota melbourne. Walaupun matahari menerangi seluruh kota, namun kesejukan udara masih terasa. Tidak hairanlah jika kawan-kawan melihat kami anak beranak memakai pakaian berlapis-lapis. Antara tempat popular yang sempat kami singgah adalah sekitar Federation Square, Melbourne Muzium, Melbourne City Hall serta Parliament House Melbourne. Actually banyak tempat yang kami lewati, cuma tempat-tempat tadi tu yang agak popular di sana. Kami sempat juga merasa naik tramp.
inilah rupa tram di sana.
Di belakang kami tu adalah Melbourne City Hall
Di belakang nira tu Parliament House, Victoria BC Melbourne, permandangan pada waktu malam
Surau, Madinah di Kota Melbourne
Di tengah-tengah kota Melborne terdapat satu surau yang di beri nama Melborne madinah. Direction nak pergi ke surau ni pun amat mudah. Keadaan surau memang selesa. Tempat solat untuk kaum lelaki adalah di bahagian atas manakala tempat solat untuk kaum wanita pula adalah di bahagian bawah. Surau ini juga turut menyediakan bilik pentry, serta mini market.
Husband nira sempat bergambar di hadapan pintu masuk surau tersebut
Philip Island, Melbourne
Perjalanan dari penginapan kami ke Philip Island ni adalah 1 jam lebih. So, kami bergerak pagi dan sampai di sana dalam tengah hari macam tu. Jika kawan-kawan tengok peta Philip Island ni memang sangat luas terbentang. Kawan-kawan boleh lihat ladang-ladang ternakan yang kelihatan di sepanjang pejalanan ke sana. Suasana dia memang cantik.
Perjalanan menuju ke Philip Island. Mikhail sedang leka melayan lagu Didi and Friend tu..
Kami sempat berhenti di tepi jalan untuk bergambar dengan salah satu ladang ternakan di sana
Ketika berada di Philip Island ni, kami decide untuk melihat kandang kangaroo, koala bear, burung helang sebesar ayam serta wombat. Actually macam-macam lagi binatang yang kami lihat, cuma teruja dengan bintang-binatang yang disebut tu. kikikiki Fee untuk masuk adalah Aud19 seorang.
Mikhali sangat teruja kerana boleh melihat binatang-binatang ini secara dekat
Time ni kami melawat sangkar kangaroo
Melawat sangkar Koala Bear..
Di sini juga kami sempat membeli ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Mount Buller, Melbourne
Perjalanan ke Mount Buller ni mengambil masa 3 jam dari penginaan kami, untuk masuk ke mount buller ni dikenakan charge. Jalan dia agak berliku-liku. Perlu berani untk drive naik ke gunung ini ye. Pada musim salji ni, kami di nasihatkan untuk memasang wheel chain pada tayar kereta supaya tayar kereta tidak mudah tergelincir akibat ais yang licin tu. Wheel Chain ni kita kena sewa dan boleh didapati semasa pembayaran entrance fee.
Husband nira yang pasang wheel chain ni sendiri. Di sana jika kawan-kawan ada masalah untuk memasang wheel chain ni jangan bimbang, kawan-kawan boleh meminta bantuan dengan pengawal peronda disitu. Tetapi macam biasa lah, perlu upah ye.kikiki.
Perjalanan kami mendaki mount buller. Agak seram kan...
Gambar kenangan bermain salji di mount buller. Di sini kami sempat merasa angin taufan salji. Memang seronok.
Mount Donna Buang, Melbourne
Mount Donna Buang ni berbeza dengan Mount Buller. Perjalanan dari penginapan kami ke Mount Donna Buang cuma 2jam sahaja. Jalan menuju ke gunung ni pun amat mudah dan tidak berliku - liku. Tiada entrance fee, so, masuk adalah percuma.
Perjalanan mendaki Mount Donna Buang
Bermain salji buat kali yang kedua di Melbourne
Alhamdulillah, setakat ni kami sangat-sangat puas hati ketika bercuti di Melbourne, Australia ni. Harap-harap perkongsian pengalaman nira sekeluarga dapat memberi sedikit ilmu untuk para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca entry Nira ni.Bye...
7:45 AM | | 2 Comments
❤️❤️Mikhail turn 1 years old ❤️❤️
Assalammualaikum,
16.06.2017 itulah hari dimana lahirnya putera umi dan abi yang di beri nama Muhammad Adam Mikhail. Nama Mikhail ni dah lama kami idamkan semenjak mikhail belum lahir lagi. Alhamdulillah ank umi membesar dengan sihat. Syukur ya Allah atas kurniaan Mu ini yang tak terhingga.
Maksud di sebalik nama Muhammad Adam Mikhail :
Muhammad : Yang terpuji
Adam : Tauladan
Mikhail : Malaikat yang di tugaskan untuk menurunkan rezeki
Alhamdullilah semoga akhlak anak umi seindah nama nya..amin amin amin
16.06.2018 Genab umur mikhail 1 tahun jatuh pada hari raya kedua.
Gambar sekitar majlis hari jadi putera kami yang di sambut pada 22.07.2018. Alhamdulillah majlis dijalankan dengan jayanya. Kami hanya menjemput family terdekat belah nira dan belah husband sahaja termasuk grandma,grandpa,maktok dan tok wan mikhail.
Birthday boy!!! 1 years old
Dekorasi majlis mengikut tema warna pelangi
Menu kami adalah western food buatan sendiri hihi..menu utamanya adalah chicken cop..thanks ayah bagi resipi sos black paper
birthday kek kami tempah dari sahabat terdekat, mengikut tema pelangi juga.
Alhamdulillah anak umi membesar dengan sihat dan lasak...hihihi
gambar bersama cousin mikhail
Bergambar dengan kereta sport dia...seronok anak umi dapat kereta sport yeeee..
Habis comot makan kek dengan abi dia...hahahaha
Alhamdulillah, Sangat gembira pada hari tersebut. Nira dan husband ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua tetamu yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada semua yang memberi hadiah kepada anak umi ni. Love you all so much.
11:04 PM | | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.
nuffnang
Followers
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."