nuffnang

~Cerita HORROR time kecil2 dulu~

Assalammualaikum..
nampak tajuk agak menarik sikit kan..sekarang jam tepat pukul 1:04 malam.

malam ni rasa macam tak boleh tidur je.bila teringat cerita seram melibatkn anak patung macam annabelle ke chucky ke,teringat zaman kecil2 dulu..

Masa nira kecil2 dulu penah mengalami cerita horror melibatkan anak patung..

Time zaman kanak2 dulu, umur dalam 9 ke 10 tahun macam tu, nira memang suka sangat dengan anak patung..terutamanya anak patung barbie doll..time 2 memang banyak koleksi anak patung...memang terlampau minat la sangat2 sampai tidur pun di temani dengan anak patung..

Pada satu malam ni, sedang nira bermain dengan satu anak patung ni yang nira ingat anak patung tu rambut dia warna putih..time 2 nira tengah tukar2 kan bju die..kebetulan pula pakcik nira bertandang ke rumah..tengah kusyuk2 main. Mak nira panggil dari ruang tamu suruh nira bersalam dgn pakcik saudara tersebut. Nira pn berhenti bermain..

Masa berjumpa dgn pakcik saudara terus dah tak ingt dgn anak patung tersebut sb dok sibuk2 melayan saudara yg datang hingga la lewat malam time nak tido. Time 2, nira ingat dah pukul 12 malam..pakcik pun dah pulang,so time tu sangat2 la ngantuk. Masa nak tido tu perasan yang pekakas anak patung tadi tidak berkemas dalam kotaknya.nira pun main campak ke tepi sebab dh mengantuk sangat..kebetulan pula time tu akak nira nak tido sekatil dgn nira, nira pn agree.

Masa malam 2, semua orang dah tido,nira tiba2 terjaga..masa pejam celik pejam celik 2 nira ternampak anak patung td sedang BERGERAK..alangkah terkejutnya nira masa 2.. anak patung 2 kelihatan seolah2 tengah mandi..nira buka mata besar2 takot2 bermimpi tapi itu adalah reality..kakak yang tido di sebelah pun nira tak berani nak kejut. Time 2 terkaku gila..lama juga la anak patung 2 usap2 badan dia.nira tutup muka dgn bntal,harap2 dia tak lompat kt nira..sampaila nira terlelap.

Bila sedar je esok da pagi.nira pun ceritala dekat akak..akak mula takut..masa kitaorang nak pergi sek agama, ktorang patah2 kan kepala,tangan,kaki anak patung tersebut dan campak2 dekat longkang yang berbeza.alih2 masa balik je dr sek agama kitaorang tengok patung 2 ada betul2 dekat dpn pagar rumah siap semuanya lengkap..lepas 2,apa lagi ktorng pun bakar patung tersebut.

Lepas kejadian 2, semua anak patung nira buang..sebab rasa fobia dgn anak patung sampai la sekarang..



Nota kaki: pesanan untuk kawan2 dan juga untuk diri sendiri, nak main dengan anak patung boleh tapi biarlah berpada2..


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

Pages

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Music


Template Brought by :

blogger templates