nuffnang
Apa yang unik tentang Victoria Beckham???
ermmm...bercakap jer tentang Victoria Beckham, mesti orang akan terfikir tentang fashion, gaya rambut serta suami nya yang sememangnya di kenali ramai iaitu David Beckham...tetapi, bagi saya Victoria Beckham bukan sahaja Victoria atau Posh yang popular dengan gaya2 sensasinyer...malah pada pandangan saya Victoria atau Posh adalah seorang yang unik serta hebat..nak tau kenapa???erm...
Victoria dulunya merupakan salah seorang dari kumpulan yang pernah mengegarkan industri musik dunia iaitu spice girl. Dalam kumpulan spice girl itu, victoria lebih dikenali sebagai posh spice, malah gayanya yang ala-ala wanita godaan itu membuatkan dirinya lebih menonjol dari rakan2 seangkatannya yang lain iaitu Emma (baby spice), Mel C ( Scary spice), Mel B ( Sporty spice) serta Geri Halliwell. Jika bergandingan suara ternaya sungguh suara posh spice tidak sehebat rakan2 nya yang lain namun dengan cara dia berpakaian, cara dia bergambar serta cara nya menggoda penonton membuatkan dirinya lebih menonjol dari rakan2nya yang lain.
Victoria memang seorang wanita yang pandai menjaga imej serta mampu menarik ramai peminat. Salah satunya ialah dia pandai memilih pasangan hidupnya. Jika ditafsirkan ternyata sugguh pasangannya bukan dari calang2 orang, kaya, kacak serta diminati ramai itulah dia David Beckaham. Dengan bermain bola sahaja dia sudah mampu menjadi jutawan belum lagi di kira pendapatannya dari duta pengiklanan, perniagaannya...ush...banyak sungguh duit poketnya...Melalui hasil perkahwinan david dan victoria, mereka telah dianugerahkan 3 orang anak...erm..yang tak bestnyer semuanya lelaki...anak mereka yang sulung bernama Brooklyn Beckham, yang kedua pula ialah Romeo Beckham serta yang akhir sekali adalah Cruz beckham..walaubagaimana pun mereka sekeluarga tetap hidup aman dan damai serta kekal sehingga berkurun2 lamanya...erm...untung betul Victoria Beckham ini...kalau ada anak perempuan tentu sekali manja dengan mommy nya...
Victoria bukan sahaja pandai menjaga suami, anak-anak, gaya, popularity, malah dia juga pandai mencari duit untuk menambahkan pendapatannya. Terbaru, Victoria telah pun membuka butiknya sendiri yang dikenali sebagai butik 'VB'. Tidak hiranlah jika pendapatannya dalam sebulan pun mampu mencecah jutaan ringgit kerana gaya pakaian nya sudah menjadi ikutan para wanita serta remaja zaman sekarang. Gaya yang di pamerkan olehnya adalah gaya2 semasa mengikut peredaran zaman..malah victoria serta suaminya kini telah menjadi pasangan ketiga terkaya didunia selepas pasangan beyonce dengan Jay z serta pasangan Angelina Jolie dengan Britt Pitt..Imeging la, victoria sebenarnya bukannya lawa mana pun jika nak di bandingkan dengan Angelina Jolie serta selebrity2 antarabangsa yang lain, malah dengan sahabat baiknya sendiri katie holmes pun die tenggelam tetapi dengan kehebatan serta keunikan yang dia ada...dia mampu mengalahkan selebrity2 yang lain.Tahniah Victoria .erm.Victoria memang the best!!!!
10:19 PM | | 2 Comments
the arrivals
Setelah mengikuti cerita ini, insayaAllah kawan2 akan tahu betapa pentingnya iman yang perlu dipupuk dalam diri manusia. Kekuatan minda juga memainkan peranan yang penting kerana minda yang lemah akan mudah untuk di pengaruhi. Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan di atas dunia ini, serta beringat-ingatlah pada setiap orang muslim bahawa kita perlu pertahankan agama islam walau macam mana sekali pun...lihat!!! 'mereka' mahu menguasai kita dengan kecerdikan mereka walhal jika berperang mereka pasti kalah...tetapi itu tidak menghalang 'mereka' dari meneruskan niat jahat mereka...jadi...pertahankanlah agama kita...
9:34 AM | | 2 Comments
tempat kerja ku...
Masa kali pertama memulakan kerja, banyak juga yang tidak tahu....setiap kali balik rumah memang akan di serang pening kepala...tetapi Allahamdulillah...sudah hampir sebulan sakit pening kepala sudah beransur pulih....mungkin salah satu faktornya adalah, happy bekerja di sana dengan suasana ala-ala akauntant..
Sepanjang bekerja di sana...busy, stress semuanya ada...memang tidak dapat dielakkan....lebih-lebih lagi bila nak masuk bulan 6 nie...busy memanjang...dengan kerenah clien la...manager la...erm...x per, biasala adab bekerja tak ada kerja yang senang melainkan duduk rumah goyang kaki...
Dengan izin Allah s.w.t, cita-cita diriku adalah ingin melanjutkan pekerjaan dalam bidang audit sehingga dapat bergelar salah seorang dari chartered Accountant (CA) di negara Malaysia...jika ada rezeki lagi...diri ini ingin menceburi dalam bidang perniagaan company scretary atau audit firm....insyaALLAH....mudah-mudahan...
10:49 AM | | 0 Comments
Teman
di kala mentari menyusuri kegelapan,
kau tahu keadaanku,
sentiasa meronta mencari kedamaian,
Dimanakah kedamaianku?
Dimanakah engkau?
Teman,
Engkau pengubat segala luka dan kepedihan,
Siapalah yang tahu kepedihan ini meletup bagaikan gunung berapi,
Siapalah yang tahu luka ini sukar untuk dilupakan,
Seolah-olah ia sudah sebati dengan diri ini,
Ahh!! siapakah yang mahu pedulikan diriku ini?
Adakah engkau?
Teman,
Tangismu sentiasa kedengaran di telinga ku,
Namun,
Adakah aku perlu terkebil-kebil untuk menilainya??
TIDAK!!!
Aku bukan begitu,
Aku bukan seorang teman yang hanya hadir ketika waktu tawamu,
Akulah seorang teman yang hanya hadir ketika waktu tangismu,
Namun,
Engkau tidak mengaggapku sebagai temanmu,Mengapakah begitu??
Ya...aku tahu...
Kerana waktu tawamu melebihi waktu tangismu,
Adakah aku perlu berada di sisimu selalu?
Berpura-pura menyanjungimu dan memujimu,
TIDAK!!!!
Hanya syaitan dan durjana yang sanggup berbuat begitu,
Teman,
Adakah rupa, kepandaian, darjat dan kekayaan menjadi ukuranmu?
Jika itu yang terlintas di fikiranmu,
Aku sanggup berundur,
Berundur untuk melindungi maruahmu,
Kerana aku bukanlah seorang teman yang inginkan kekayaan duniawi,
Kesenangan hidup dapat engkau kecapi,
Jika engkau pandai mencari teman seperjuangan,
Untuk memimpinmu di alam yang nyata,
Bukannya kepura-puraan,
Fikirlah...
Wahai temanku,
Gengamlah tanganku ini seperti engkau mengengam emas permata,
Selamilah diriku ini seperti engkau menyelami lautan yang luas,
Janganlah engakau mensia-siakan masamu,
mencari teman sejati,
Bukan begitu wahai temanku,
Teman sejati tidak perlu di cari,
kerana mereka selalu berada disampingmu,
Mendoakan kejayaanmu walaupun pada zahirnya,
Engkau tidak menyenanginya,
Tetapi,
Pada batinnya engkau tidak tahu,
Teman,
Teman sejati bukan hanya kata-kata,
Tetapi teman sejati adalah teman tanpa sempadan,
Menyusuri jalan yang penuh onak dan berduri,
Engkau tahu bagaimana tajamnya duri??
Tetapi engkau tidak bisa merasainya,
Kerana temanmu sentiasa menyokongmu dari belakang,
Oh temanku,
Berbahagialah engkau di dunia dan di akhirat kelak,
AMIN!!!
9:03 AM | | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.
nuffnang
Followers
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."