nuffnang
magkuk emas sakti di penghujug pelangi???
Tujuh warna di dalam pelangi adalah terbentuk hasil dari kombinasi cahaya matahari dan titisan hujan. Setiap titisan hujan tersebut bertindak sebagai prisma yang memancarkan warna-warna spektrum berturutan dari merah ke unggu.
Warna-warna pelangi sentiasa tersusun di dalam kedudukan yang sama setiap masa, iaitu merah, jingga, kuning, hujau, biru, biru nila, dan unggu. Waktu yang paling sesuai untuk melihat pelangi biasanya ketika waktu ketika kita selesai mandi petang.
Kawan-kawan, di manakah agaknya penghujung pelangi ya? sebenarnya pelangi tiada penghujungnya dan ia tidak akan berakhir di mana-mana pun. Jika kita melihat pelangi dari atas kapal terbang, kita akan dapat menyaksikan jaluran warna-warna pelangi melingkar dalam bentuk bulatan.
Ada sebuah cerita dongeng pada zaman dahulu mengatakan bahawa kononnya terdapat sebuah mangkuk emas sakti di penghujung pelangi. Tetapi memandangkan tiada siapa yang dapat memastikan tempat letaknya penghujung pelangi, maka sudah tentulah kita tidak akan tahu sama ada andaian itu benar atau sebaliknya...
11:29 PM | | 1 Comments
potrait Mona Lisa
Mona Lisa adalah sebuah lukisan potret yang terkenal di dunia yang menggambarkan seorang wanita yang tersenyum manis. Lukisan tersebut dihasilkan oleh seorang pelukis terkenal dari itali bernama Leornardo Da Vinci di antara tahun 1503 hingga 1506. Lukisan asli Mona Lisa yang dianggarkan bernilai berjuta-juta dollar tersebut, kini digantung di dinding Louvre galeri seni lukisan di Paris, Perancis. Mona Lisa juga dikenali dengan nama Lisa Giocondo adalah isteri kepada pegawai tinggi Florence
Lukisan ini dilukis 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu. Oleh itu, terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana jika diperhatikan subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan terlalu pudar.Pada abad yang ke 19, potrait Mona Lisa mendapat sambutan yang menggalakkan kerana gerakan simbolik. Lukisan itu seolah-olah satu lukisan mistik yang sukar untuk digambarkan.
Pada 1911, Potrait ini telah dicuri dari Louvre. Pencuri tersebut yang di ketuai oleh Eduardo de Valfierno telah membuat salinan untuk lukisan tersebut serta menjualnya dan mendapat keuntungan yang tinggi. Akhirnya pada tahun 1913,dia ditangkap ketika dia ingin menjual lukisan asli kepada seorang perniaga seni Florence.
Mona Lisa dikenali dengan reaksi berwajah manis serta senyuman yang menawan penuh dengan teka-teki yang berjaya di hasilkan oleh Da Vinci. Mona Lisa sangat popular dengan gelaran
"Mona Lisa’s smile very differently".
6:36 AM | | 4 Comments
xena???
ha...xena, masih ingat lagi tak korang name nie...dulu2 kn popular...bukan popular aper pun cume jalan cerita die yang sememangnyer menarik...'the warrior princess-xena'
Masih ingat lagi, cerita ini popular sekitar 1990an kan...time tue saya masih budak sekolah rendah lagi...time tue cerita ini di siarkan pada petang hari...erm..memang besat sangatla layang cerita ganas2 nie..bukan aper, syok btol tengok xena nie berlawan...erm...macam real...
Mase kecil2 dulu selalu la ikut gaya2 serta cara2 xena nie berlawan...kelakar btol la...erm..memang semua tue tinggal kenangan yang bermakna...dulu, memang tidak pernah terlepasla dari menonton rancangan ini. .memang best...erm..klo boleh waktu sekarang pun nak tengok lagi hehe..xena memang best!!!
12:58 AM | | 2 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.
nuffnang
Followers
Blog Archive
My Facebook
About Me
- Hanira Rashid
- "NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."