nuffnang

Kerjaya sebagai seorang ACCOUNTANT

Assalammualaikum, Nira kembali lagi meng update blog....

Kali ni Nira ingin bercerita sedikit tentang bidang yang Nira ceburi sekarang ini iaitu bidang perakaunan. Nira baru sahaja balik dari berkursusu di PUNB yang diadakan pada 23 hingga 26 september 2013 lepas. Banyak juga ceramah-ceramah motivasi yang terdapat di kursus ini...so, sepanjang berada di kursus ini, Nira rasa proud to be budak perakaunan kerana penceramah-penceramah disitu tak habis-habis memuji kerjaya bidang perakaunan ini....



Accountant adalah salah satu pekerjaan atau bidang professional selain dari Engineer, Doktor, Architect dan Peguam. Kenapa ia termasuk dalam bidang professional? ianya di sebabkan pekerjaan ini memerlukan daya pemikiran yang sangat tinggi dan tidak semua orang boleh membawa aliran tersebut. Nira juga pernah membaca akhbar yang menceritakan tentang bidang pekerjaan professional ini mempunyai peluang pekerjaan yang meluas.

Tugas seseorang Accountant ni sangat besar dan mencabar kerana dia bukan sahaja perlu mengetahui pengurusan syarikat, finance, ekonomi, tetapi dia juga perlu mengetahui aliran wang syarikat, penyata untung rugi, costing, taxation dan macam-macam lagi, boleh dikatakan dia ni jantung syarikat.

Harapan Nira ialah, Nira nak menjadi salah seorang Chartered Account (CA) di Malaysia seperti akak Nira...InsyaAllah...





Siti Nurhaliza DULU dan KINI

Assalammualaikum,
berjumpa kita kembali...
kali ni Nira nak bercerita tentang artis malaysia yang pernah Nira minat sewaktu zaman remaja dahulu iaitu Siti Nurhaliza...Sedang lepak2 sambil mendengar lagu2 yang di nyanyikan oleh Siti tiba2 terasa pula nak wat cerita pasal Siti...



Waktu sekolah dulu memang minat dengan Siti Nurhaliza yang sekarang sudah pun begelar sebagai Dato' Siti Nurhaliza, Alhamdulillah...Siti dah dapat pangkat Dato' da...Dulu minat Siti sebab Siti ni punya suara yang sangat merdu, Siti juga pandai mendendangkan pelbagai rentak lagu seperti rock, balada, tradisional dan macam2 lagi..disamping itu juga Siti merupakan seorang artis yang penuh dengan sopan santun dan budi bahasa yang tinggi...sikap sopan santun dan merendah diri yang di bawa oleh Siti ini amat Nira kagumi sehingga kini...

Tahap vokal Siti yang the best!!!
"Kurniaan Dalam Samaran by Siti Nurhaliza"

Berbuka Puasa Di Restoran Village View, Bangi

18 July 2013,

Hari ini, nira serta klik2 office berbuka puasa di Restoran Village View area Bandar Baru Bangi. Restoran ini berkonsepkan ala-ala kampung, memang cantik permandangannya.


Memandangkan bos yang belanja kami makan di sini. So, macam-macam lah hidangan yang dapat kami rasai di sini.

Antara hidangan yang kami order adalah kailan ikan masin, telur dadar, ayam masak merah, ikan kerapu 3 rasa...


Satay, ayam goreng...
Dan Tomyam campur....emmm memang sedap tomyam campur ni, pekat dan pedas, maklumla nira ni memang hantu pedas..


Tengok nie, sampai licin kami makan...

Alhamdulillah, selesai makan, solat magrib di sini juga. Jika anda nak tahu lagi, Restoran Village View ini juga menyediakan tempat untuk solat.



Bergini lah reaksi kami setelah menjamu selera di Restoran ini. Agak gembira dan puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. InsyaAllah, ada masa kami  datang lagi.

Nota Kaki: Thanks Bos...Bos memang terbaik!!! ;)

Berbuka Puasa Bersama IQa

15 July 2013

Sepetang bersama Iqa. Time kita orang tengah berborak2 dekat office, Iqa pula sempat mengajak nira untuk berbuka bersama2 dengannyer. Nira pun setuju dengan pelawaan Iqa tadi. Kami berdua merancang untuk menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama. Hari ini menu kami adalah Bakso, french fries, Meat Ball goreng, Sausage Goreng serta air oren...Ermmm selera kan...

kami berdua memilih lokasi membeli belah di Giant, then selesai membeli belah kami pulang kerumah sewa Iqa, dan masak bersama2...

 Sausage sedang di masak

 Bakso dalam proses

French fries sedang di goreng.

Selesai memasak makanan pun dihidangkan...

Nak tahu, Bakso buatan Iqa ni memang sedap...yeah!!!cayala iQa...

Nota Kaki: Walaupun kepenatan, nira berasa enjoy n happy sangat2 sebab dapat collect kenangan manis yang akan Nira kenang sampai bila2...Thanks Iqa, ada masa kita berbuka bersama lagi ye...;) 


PeTeR AnSWeR

Saper pernah main game ni??


 Mesti ada di kalangan kita yang kenal akan permainan ini. Biasanya orang yang memperkenalkan game ini mesti dari orang di sekeliling anda juga kan?? Mesti ada yang percaya yang Peter ini mempunyai semangat Spiritual, kerana apa sahaja yang di tanya pasti Peter akan tahu jawapannya...

Sebenarnya, permainan Peter Answer ni, adalah satu trick untuk kenakan orang lain. Nira pernah terkena dengan trick permainan ini. Pada mulanya nira rasa pelik, setiap kali kawan Nira taip pertanyaan di kotak soalan, pasti sahaja Peter ini tahu jawapan yang ditanya itu. Macam mana ye, Peter ni boleh tahu setiap soalan yang di tanya.

Akhirnya kawan Nira tu membongkar rahsia permainan ini....





Di ruang petition, permainan ini menyuruh kita menulis "Peter, please answer atau Peter, please answer the following question" namun di sini lah letaknya muslihat permainan ini. Semasa anda ingin menaip "Peter, please answer" dalam masa yang sama anda menulis jawapan yang ingin anda tanya di ruang Question. Namun, jawapan yang anda tulis itu tidak tertera dalam ruangan petition, dalam ruangan itu masih tetap tertulis "Peter, please answer".


CONTOHNYA, anda ingin bertanya nama anda pada Peter:

Anda perlu menulis begini di ruang petition ---- > "Peter, Hanira Rashid"

Namun, perkataan Hanira Rashid tidak keluar dalam petition, sebaliknya dia akan keluar,

----- > " Peter, please answer"

Selepas itu, anda akan mula menaip soalan di ruangan Question.

------ > " What is my name?"

Lalu, Peter akan memberikan jawapan yang anda sendiri taip tadi iaitu, " Hanira Rashid"

Sekian itu la muslihat Peter Answer..

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA TENGOK VIDEO INI
http://www.youtube.com/watch?v=5XY10z6B_YQ



Nota Kaki: Terkantoi kat office tadi...



Restoran Chop and Steak Serdang

31may2013,

bos belanja makan kat restoran chop and steak serdang...
Suasana restoran: cantik ala-ala kampung...
Makanan: Sedap dan puas hati
Harga: Berpatutan





nira just order black pepper steak...dengan air durian belanda...mmg kena dengan tekak ni..sodap!!!




licin!!!


Black pepper steak harga hanya RM11.50 sahaja..sempat tu promote..memang sedap...cuba la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

My Facebook

Follow Me

 Add Me  Follow Me

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Template Brought by :

blogger templates