nuffnang

LuKiSaN



Cantik tak lukisan di atas nie? sebenarnya lukisan nie dilukis oleh Nira sendiri ketika berusia 13 tahun iaitu masa Nira tingkatan 1, mungkin bagi individu yang genius tentang bab2 lukisan nie  menganggap lukisan ini tidak sempurna serta terdapat banyak cacat cela nya kan, its ok...Nira faham, namun bagi Nira lukisan di atas nie amat unik sekali. Nira akui, dalam banyak2 lukisan yang pernah Nira lukis, lukisan gadis yang memakai tudung di atas ini lah lukisan yang paling Nira sayang. Lukisan ini menunjukkan seorang gadis islam tersenyum penuh ikhlas dengan riak wajahnya yang ayu. Seriously, setiap kali nira tatap lukisan ini pasti nira tersenyum serta memuji2 kecantikannya...hahaha..macam kelakar pula kan...tapi itulah reality nya...

Khas untuk Syarifah Nadial

Assalammualaikum...

Sekarang 28/08/2012 pukul 10:37 malam..

Sedang asyik tengok buku2 lama, tiba2 terlihat pula surat2 yang dikirimkan oleh Tuan Syarifah Nadial sejak tahun 2006 dahulu. Lama dah surat nie berada dalam fail nira nie. Sayu je hati bila baca balik surat2 tue..Ya Allah, rindunya dekat Syarifah..dah lama tak bersua dengan Syarifah.

Kami berdua berkenalan sejak matrik lagi, iaitu pada tahun 2005/2006 di Matrikulasi Mara Kuala Nerang, Kedah. Time tue nira ingat lagi, nira tegur Syarifah masa Syarifah tengah on call abang Syarifah..hehe..time tue juga kita berdua tengah blur2 sebab minggu orentasi...penat ya amat time tue..kebetulan pula nira first time dok asramah so jadi terpingga-pingga kejap...haha..

Walaupun kita tak sama kelas dan tak satu bilik namun persahabatan kita umpama isi dengan kuku jer kan..bila keluar rehat kita sama2 jer jalan kaki menuju ke dewan makan, lepas tue bila outing pula kita berdua juga keluar bersama. Nira teringat balik, budak perempuan boleh outing hari jumaat, time tu la kedai banyak tutup..hurm..lepas tue bila nak outing juga tak boleh pakai seluar jean... hurm..kenangan2...lepastue naik teksi pula tong2 duit tambang..seronok jer time tue...

Bila time peperiksaan pertengahan dan akhir tahun jer, kita berdua selalu jer pergi perpustakaan malam2...jalan sama2 dalam kegelapan malam, orang semua dah masuk tido, kita baru nak balik asramah...lepastue nira ingat lagi, kita duduk dekat atas tangga...tengok bulan sama2...lepastue berborak menceritakan cita2 kita serta gosip2 hangat time tue..hahah...bahagia sungguh time tue...

Dekat asramah pula, kita selalu jer makan maggi ruski kan...sampaikan satu hari tue nira tak makan nasi pun just makan ruski jer, alih2 malam tue kena gastrik teruk..hurm..time tue pula tak ada roomate..so, merangkak-rangkak la pergi kat pintu minta tolong...ish dasyat betol..semua kawan2 1 paras tue tolong urut2 dan sapukan minyak angin..dorang semua memang sangat baik hati...

1 tahun sungguh sekejap je dekat situ kan...tup2 dah tamat belajar...time tu pula nira tak sabar2 nak balik rumah..seminggu sebelum cuti dah kemas2 baju nak balik la katakan..haha...masa tue pula sangat rushing..bila dalam perjalanan balik jer, seriously dalam otak nie teringatkan Syarifah jer...dah macam orang bercinta pula...time tue rasa2 nya macam tak dapat berjumpa lagi jer..sebab kita berdua dapat lain2 universiti
mana tak nyer Syarifah dapat UUM nira pula UPM..hurm..

But,

Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi, time tu Syarifah ader assignment nak kena buat dengan rakan2 Syarifah dekat UUM. Masa tue korang nak pergi interview company DRB-HICOM..so, Syarifah stay kat umah nira..riang ria jer rasanyer kan..mana tak nyer, kita berdua nie satu kepala..minat, hobi banyak yang sama. Kalau bercerita sampai esok pagi pun tak per...tak ingat waktu pun..tup2 dah naik matahari...bercerita pun banyak pula topic2 hangat yang hendak di perkatakan, pasal hantu la, david backhem la, mata cantik la, bumi la, novel la....kalau boleh semua yang kita kongsi kan semuanya memang menarik minat kita berdua...=) nira bahagia dengan Syarifah...

Dekat bawah nie adalah ayat2 yang Syarifah kirimkan dekat nira, nira amat2 tertarik dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang amat mendalam...terima kasih sahabatku~

Kau sahabat...
Yang ku kenali dulu...
Di waktu itu...kita bersua..pada malam yang masih baru...
Kau datang menghulurkan sebuah persahabatan pada cahaya matahari menjadi saksi...
Tidak ku sangka..perkenalan ini akan menjadi sebuah perkenalan yang indah...
Yang pada akhir membawa erti yang bermakna...
Bila kita berpisah, ia menekan hati...
Sayu di hati, sedih terasa, bila kita berjauhan kini...
Segala onak dan duri perlu di tempuhi...
Bila badai melanda...
Diriku sepi..hati terkenang pada sahabat yang dekat di hati...
Bila berada di antara mereka...
Sayu rasa hati, bila wajahmu tiada di situ...
Entah mengapa..hatiku memang sedih...
Bila ku kenang diri mu wahai sahabat...
Membuat hati bengkak..guguran air mata mengalir...
Ku sentiasa berdoa dan berharap moga kita berjumpa lagi...
Hatiku berkata...tiada apa yang terindah dalam persahabatan...
Hanya sahabat sepertimu yang bagaikan permata dapat ia diindahkan...
Moga kita terus bersahabat walau berjauhan...
Tiada hati yang lain dapat memahami hati sahabat seperti mu...
Minat yang sama...dan pendapat...
Akan ku kenang sampai bila-bila...




~Hanira n Syarifah 4 ever...~

berbuka puasa ++ sambut birthday mommy

24/08/2012, 6:22 PM..
Assalammualaikum my friend n ahli2 blogger...

Mesti semua tengah mood beraya kan nie...tp ader juga segelintir kita yang dah start kerja...nira sekarang nie dah ader kat rumah dah pon...seminggu nira dapat cuti dari office kiranyer minggu depan iaitu 27/08/2012 nie dah start kerja la..

Raya tahun nie nira dan seisi keluarga beraya di Kuala Lumpur iaitu di rumah nenek sebelah mak n di rawang rumah nenek belah ayah...raya di bandar juga la kiranya..xder kampung pon..hehehe...tp Alhamdulillah raya tahun nie tidak kurang meriahnyer seperti raya2 tahun lepas...amin~

Walaupun bulan ramadhan sudah lama berlabuh tirai, namun nira nak kongsi sedikit detik2 indah sepanjang bulan ramahdan tahun 2012 ini. Nira akui, Ramadhan tahun ini membawa 1001 makna dalam hidup nira. Nira bersyukur kerana sepanjang Ramadhan ni nira tidak putus2 solat tarawikh bersama ibu tersayang, malah nira juga jarang mendengar muzik2 dekat radio meskipun itu adalah salah satu hobi nira, di samping nira juga bnyak mengaji Quran...Alhamdulillah...nira benar2 rasa kehilangan bila bulan Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita..

Kami sekeluarga sempat juga menyambut birthday Mommy di restoran steambot di samping berbuka puasa sekali...
gambar kami sekeluarga~

 Athuf, Nisa n Me..~

 Bersama ayah tersayang~

 Akak n her husband~

 Sweet couple, my father n mommy~

"Happy birthday Mommy, semoga panjang umur n di murahkan rezeki...amin~"

The Phantom Of The Opera


The phantom of the opera. Pasti kawan2 pernah baca cerita ini kan. Sebenarnya saya amat meminati cerita The phantom of the opera ni. Saya mula membaca cerpen ini time tingkatan 2. Cerita ini mengisahkan seorang gadis cantik bernama Christine Daae yang dilanda kesedihan dan kesepian setelah bapa dan ibunya meninggal dunia. Christine mencuba nasib dengan bernyanyi di Gedung Opera, Paris. 

Di gedung itu, Christine sering mendengar suara yang bernyanyi dan berbicara dengannya. Dia mempercayai suara itu berasal dari Malaikat Musik yang sepakat untuk mengajarnya musik surgawi.  Tetapi bagi penyanyi opera yang seangkatan dengannya merasakan bahawa suara itu merupakan suara hantu opera yang telah bertahun-tahun memeras pengelola gedung tersebut. Cita-cita Christine untuk menjadi terkenal akhirnya tercapai. Penduduk di Paris amat meminati Christine Daae, kerana dia mempunyai suara yang merdu serta rupa paras yang cantik.

Hantu Opera yang sering di perkatakan itu merupakan seorang pemuda yang memiliki wajah yang cacat di sebelah kanan, yang dikenali sebagai Eric. Eric amat mencintai Christine, namun Christine pada ketika itu sudah jatuh cinta dengan Raoul de Chagny. Percintaan Christine dan Raoul di tentang hebat oleh Eric sehingga Eric sanggup membunuh Raoul jika Christine tidak berkahwin dengannya. Akhirnya Christine akur dengan permintaan Eric. Dia terpaksa berkahwin dengan Eric untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya, Raoul. 

Majlis perkahwinan Eric dan Christine berjalan seperti yang di rancang, sebelum mereka disatukan Christine merelakan dirinya untuk mencium Eric. Pada ketika itu, Eric merasakan bahawa Christine hanya mencintainya kerana keterpaksaan dan bukan kerana cinta. Akhirnya Eric melepaskan Christine. Dia tidak sanggup memaksa gadis itu untuk mencintainya. 

Christine dan Raoul akhirnya bersatu. Mereka berdua meninggalkan kota Paris namun sehingga kini tiada sesiapa pun yang tahu di manakah mereka berada.





Nota kaki: Best2~

Family Trip to Phuket, Thailand


16,17,18 bulan Mei 2012 lepas, kami sekeluarga pergi bercuti di Phuket, Thailand. Seperti yang kita tahu Phuket adalah sebuah tempat peraginan yang amat menarik dan di kenali serata dunia. Kami sekeluarga berpeluang bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Seriously kawan2, tempatnya memang amat menarik...
Sepanjang kami berada di sana, kami menginap di Millennium Resort hotel di kota Patong, Phuket. Hotel ni boleh dikata kan hotel lima bintang kerana segala kelengkapan serta perkhidmatan yang di sediakan amatlah selesa dan memuaskan hati kami.

Semasa berada di sana iaitu pada hari kedua kami di sana, banyak tempat menarik yang sempat kami lawati salah satunya adalah Karon View Point. Tempat ini menunjukkan permandangan luas dari segala sudu di Phuket. Kami dapat melihat pulau2 di Phuket dari arah yang sangat jelas. Memang amat menarik serta cantik.


 Kami juga sempat melawat kilang paling popular di kota Patong itu iaitu kilang Sri Bhurapa Orchid. Kilang ini merupakan kilang memproses buah badam. kami dapati buah badam ini diproses menjadi berbagai2 jenis keropok serta air minuman yang sangat lazat
Seterusnya kami juga tidak ketinggalan untuk melihat permandangan di sekitar laut di pusat peraginan tersebut. Permandangannya memang amat memuaskan hati kami.

Gambar di atas ini menunjukkan permandangan di sekitar hotel kami..cantik kan!!!

Kami sekeluarga sempat juga bershopping di luar hotel. Tempat shopping yang paling terkenal serta murah di kawasan tersebut adalah Big c. Di sini, kami dapati harga yang di tawarkan adalah berpatutan.

Seriously, di sana kami amat susah untuk mencari makanan. Gambar di atas menunjukkan gambar kami makan breakfast di hotel. Makan tengahari serta malam kami terpaksa mencari restoran halal di luar hotal. 

Kami juga sempat bershopping di sekitar hotel. then dalam otak pun kata Shopping!!Shopping!!!...haha...Memang best!!

nota kaki: Kami mengucapkan terima kasih kepada Jenny iaitu pemandu pelancong kami yang ringan tulang membantu kami sekeluarga sepanjang berada di sana...Thanks Jenny!!!

My sister = she inspire me

Assalammualaikum...hye friend...
Ok, today 23 February 2012, rasa macam teringin nak meluahkan perasaan...ceh!! perasaan konon...but, never mind...today saya rasa begitu happy sangat2...kueng3...strait to the point jer la kan...kahkahkahkah... Actually memang saya rasa happy today... ayat macam tak pernah rasa happy pulak kan...but this feeling is difference from the normal one...I am happy for my sister because she baru sahaja dapat title Chartered Account (CA)...that's mean she is one of Malaysia Institute of Accountant members (MIA)...wow, rasa macam tak percaya pulak kan...apa2 pon yang terjada i must believe it...ye la kami masa kecik2 sangat la rapat with each other...then cita2 kami pun banyak yang sama...no wonder la dua2 pun ambil course yang sama masa degree iaitu Accounting...so keinginan untuk to be one of MIA members pun of course la sama juga...anywhere...im so proud of her...die kebangaan my family...ALHAMDULILLAH bersyukur sangat2 kehadrat Illahi...she is my inspire now...i am so lucky to have a sister like her...amin ya rabbal alamin...suatu hari nanti i want to be like her...wait for me!! apa2 pon i will always pray for her success...amin, mudah2an~

During Hari raya haji my sister n me with my "baby" behind us...kui3

during my graduation day...my sister duduk sebelah kanan saya

during my sister engagement day...of course la my sister yang pakai baju pengantin tue...huhu

dedicated to my sister,
" My dear Big Sis, you are the greatest there is,
And amazing in everyway.
I greatly admire and look up to you,
Each and every day.

You are always showing how much you care,
From your heart that is filled with love.
You are a beautiful Angel,
Sent from the heavens above.

I am the luckiest Sis in the world,
To have grown up next to you.
We played and laughed and had fun together,
A great bond that has always stayed true.

Big Sis you are always in my heart & thoughts,
And I am always sending you a hug and kiss.
You are my world and I love you so much,
Always and Forever...Your Lil' Sis~ Hanira Rashid.."



My lovely Ayah punyer birthday

Assalammualaikum you all...im back again...hurm...kali nie saya nak berkongsi sikit tentang my personal life la...iaitu about my lovely dady aka we all call him ayah...hehe

Well, in 6 February 2012, adalah hari jadi my ayah, so we all 1 family menyambut hari jadi ayah dekat restoran SOHO area Bangi sana...punyer la memikirkan nak sambut dekat mana...akhirnya Restoran Soho, Bangi adalah pilihan kami sekeluarga...sebelum ini kami menyambut birthday ayah dekat Restoran Perantau, then tukar selera pulak tahun nie...hehe...apa2 pon xkisah sebab ayah ok jer...ayah sangat2 la sporting...

Tahun nie my ayah dapat ipad from mamy, so lovely n romantic sangat2..then my adik lelaki take some picture through ayah punyer ipad...


My lovely ayah n mamy

me, so excited la

This is my lovely mamy...

My mom and dad..

my sister n me waiting for our food haha...

cantik kan gambar2 dr ipad nie...ok la...gambar2 nie pon di ambil sebelum makanan sampai...so muka semua tengah tahan lapar la nie...by the way happy birthday ayah..I love u so much~

" If only all the children in the world
Could have a father as loving as you
The world would be a better place
Wishing you a very Happy Birthday Dad"


Gambar potret princess2 terkenal Walt Disney

Pernah tak korang terfikir jika princess2 Walt Disney ini wujud..pergh!! kalau la betul2 wujud mesti cantikkan...hari nie nak tunjukkan gambar princess2 terkenal dari Walt Disney yang telah dilukis oleh artis Jirka Vaatainen. Gambar potret tersebut adalah mengikut gambaran sebenar dari watak cartoonnya....sumenyer cute2 and cantik2 belaka...biasala, nama pun princess kan...apa pon..saya adalah peminat setia princess Snow White.Dari kecil lagi saya memang meminati Snow White nie..gambaran saya tentang Snow White ialah die seorang yang cantik, rajin, lemah lembut malah seorang yang penyanyang, daripada ceritanya, kita dapat melihat Snow White amat meminati haiwan2 liar dan pandai menjinakkan mereka. Cerita Snow White ini mempuyai 'elemen' atau simbol fantasi yang banyak dan boleh diingati sampai bila2 seperti orang kerdil, cermin ajaib, binatang yang boleh berkata2, keranda kaca, buah epal yang beracun serta ibu tiri sihir.Apa2 pun, setiap orang pun pasti meminati princess2 yang lain jugakan...hehe...jom pilih..mana satu pilihan korang....
Princess Snow White dari cerita Snow White and The Seven dwarfs

Tiana dari cerita The Princess and the Frog

Princess Rapunzel dari cerita Tangled

Princess Pocahontas dari cerita Pocahontas

Princess Mulan dari cerita Mulan

Meg dari cerita Hercules

Princess Ariel daripada cerita The Little Mermaid

Princess Jasmine daripada cerita Aladdin

Esmeralda daripada cerita Hunchback of Notre-Dame

Cinderella daripada cerita Cinderella

Belle daripada cerita Beauty and The Beast

Princess Aurora daripada cerita Sleeping Beauty


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

My Facebook

Follow Me

 Add Me  Follow Me

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Template Brought by :

blogger templates