nuffnang

Hutan Amazon, hutan paling digeruni!!!



Amazon, adalah sebuah hutan hujan yang paling terbesar di dunia yang meliputi wilayah seluas 7 juta kilometer persegi dan kawasan nya terletak di 9 buah negara iaitu Brasil, Kolombia, Peru, Venezuela, Ekuador, Bolivia, Guyana, Suriname serta Guyana Perancis. Ia didiami oleh suku kaum asli yang masih tidak mengenal dunia luar, ketika krew helikopter melintasi kawasan tersebut suku kaum asli melakukan sumpitan kearah mereka menyebabkan krew helikopter itu tidak berani untuk turun kebawah kerana tidak pasti apakah yang akan terjadi apabila mereka turun, atau adakah suku asli itu 'memakan manusia'.







Semasa membuat penyelidikan di hutan tersebut, seorang ayah, Mike Warner (73) beserta anaknya, Greg (44) telah menemui Anaconda raksasa yang juga merupakan anaconda terbesar di dunia. Anaconda itu sepanjang 40 meter dengan diameter badan 2 meter.



Lebih dari 1,200 spesis tumbuhan dan haiwan baru di temui di hutan Amazon antaranya ialah Ranitomeya amazonica, iaitu kodok luar biasa dengan berwarna merah di kepalanya dan warna biru di tubuhnya.



Burung kakak tua dikenali sebagai Pyrilia berwarna pelangi yang botak di kepala.



Ikan keli merah kecil serta buta yang juga dikenali dengan nama Phreatobius dracunculus.



Serta yang paling digeruni manusia, iaitu ikan Vampire piranha juga turut terdapat di dalam hutan tersebut, ikan ini mempunyai gigi taring sepanjang 6 inci, ia juga merupakan ikan piranha 'membunuh'.



nota kaki: jgn la sesekali mandi di air terjun hutan amazon ini ..takut terserempak dgn piranha mahu pon anaconda...gerrrr...seram!!


yUnAlis ZaRai (YUNA)



Siapa yang tidak kenal selebriti Malaysia yang semakin naik memuncak namanya...pada awal kemunculannya, Yuna lebih di kenali sebagai artis independent. Lagu 'dan sebenarnya' berjaya menaikkan nama nya hingga dikenali ramai. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dilahirkan pada 14 November 1986 di Alor Star, Kedah. Yuna bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai juga bermain gitar serta mencipta lagu. Imej SOPAN bertudung dan penuh 'up to date' yang di bawa gadis kelahiran kedah ini berjaya memukau ramai peminat wanitanya.

Yunalis Zarai merupakan graduan dalam bidang degree perundangan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan dia berjaya menghabiskan pengajiaannya sekitar tahun 2009. Yuna juga mempunyai butiknya sendiri iaitu IAMJETFUELshop di Subang Jaya, Selangor.

Antara anugerah yang dimenangi:

~ Artis baru terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009
~Lagu terbaik 'Dan Sebenarnya' dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009
~Lagu pop terbaik 'Dan Sebenarnya' dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009
~Lagu inggeris tempatan terbaik 'Deeper Conversation' dalam Anugerah Industri Musiz (AIM) 2009
~Naib juar keseluruhan lagu 'Dan sebenarnya' dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 2009
~Artis baru wanita popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009
~Penyanyi Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Nota kaki: lepas nie harap2 Yuna dapat menang lebih lagi..hehe..InsyaAllah...All the best Yuna...

cute baby!!










Ini bukan baby betol..ini ialah biskut yang direka seolah-olah menampakkan seorang bayi...memang real la biskut nie..tak sampai hati pulak nak makan biskut nie...so cute..

Siapa peminat Mohd Safee Mohd Sali?

Ha...ni la die penyerang malaysia yang paling kita sayangi...





Nama Penuh: Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh Lahir:29 Januari 1984

Tempat Lahir: Kajang, Selangor, Malaysia

Tinggi: 1.72

Posisi: Penyerang malaysia

Status: Berkahwin

dia nie amat meminati pasukan Manchester United..

Sebelum memasuki kelab Pelita Jaya, Indonesia, dia pernah menyertai kelab2 di malaysia seperti Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA serta Selangor FA. Safee Sali merupakan pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga Super Indonesia. Dia juga pernah dianugerahkan Atlet lelaki paling digemari di dalam undian Astro Arena. Cayala Safee Sali...anda memang The Best!!

:.bangganya sebab Safee Sali nie merupakan saudara saya belah ayah...huhu..peace no war!!!

Akhirnya Victoria Beckham selamat melahirkan anak perempuan!!!







Tahniah di ucapkan kepada Victoria Beckham kerana selamat melahirkan bayi perempuan.Bayi yang seberat 71 pound ( 3.46 Kg) itu selamat di lahirkan pada 11 Julai jam 7.55 pagi waktu tempatan di hospital Cedars, Sinai, Los Angeles. Penantian sepasang suami isteri ini akhirnya membuahkan hasil juga. Suami Victoria yang juga merupakan pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham, sudah pun mengumumkan nama anak perempuan mereka itu iaitu Harper Seven Beckham. Seperti dipetik dari DailyMail, Harper, nama berkenaan adalah nama Inggeris kuno yang sangat disukai oleh Victoria manakala Seven pula merupakan nombor bertuah iaitu dilahirkan pada pukul tujuh pada bulan tujuh.Brooklyn, Romeo serta Cruz amat gembira dengan kehadiran adik perempuan mereka itu. Satu sumber mengatakan bahawa Victoria tidak akan mengambil gambar bogel seperti yang di lakukan oleh artis2 antarabangsa yang lain sewaktu dia sedang mengandungkan Harper.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Victoria Beckham...dia sememangnye seorang wanita yang hebat dan unik...

Usaha Sendiri!!!



Assalammualaikum...hai...
i'm back...
Kali nie sy nak bercerita sedikit pasal 'usaha'. Bukan mudah untuk berjaya dan amat mudah untuk gagal..jadi beringat2 la selalu...bak kate org tua2, 'usaha itu tangga kejayaan'..jadi selalu la berusaha untuk mendapatkan kejayaaan..sy tahu semua oarng menginginkan kejayaan, tapi xsemua yang mendapatkan nya, sebab tue la mesti kena ada 'usaha'..

Usaha nie bukan senang di lakukan...mesti ada pengorbanan, serta ketabahan...bila dah berusaha mestilah bertawakal, kerana x semua usaha yang kita buat untuk mengecapi sesuatu itu menuju kejayaan...Jadi sikap kesabaran perlulah ada di situ..serta jangan senang2 mengaku kalah..sentiasalah berdoa kepada Allah...dan ingat...
" Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin menguji mu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu...oleh itu jangan menyerah kalah dan bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang ALLAh itu mendahului kemurkaannya..."

Sukar untuk menduga kerana dunia sekarang sudah berubah, entahla...ada kala nya orang yang berjaya tidak mendapat tempat yang seharusnya mereka dapat, manakala orang yang tidak berjaya atau kurang berjaya mendapat tempat yang tidak seharusnya mereka dapat...mungkin kawan2 tahu apa yang sy maksudkan di sini...ia nya berkenaan dengan 'org dalam'...di Malaysia ini penggunaan 'org dalam' amatlah berleluasa, seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan'...

Saya tidak berapa kisah bila 'org dalam' ini digunakan semasa kerja..tetapi yang tidak sedapnya adalah bila kegunaan 'org dalam' ini di guna kan semasa menyambung pengajian...mana tidaknya, bila seseorang lepasan SPM mahu menyambung pengajiannya ke peringkat diploma, stpm atau matrix seharusnya mengikut kelayakan masing2...tetapi apa yang di lihat sekarang, ramai yang mengunakan 'org dalam' untuk mereka meneruskan pengajian mereka, paling hebat sekali mereka dapat memasuki institusi2 yang hebat seperti, UPM, UKM, USM, UM, UITM, UIA..hal ini tidak adil untuk golongan2 yang cerdik pandai yang sepatutnya menyambung pengajian mereka di institusi2 seperti itu...kesian kepada mereka...di manakah habuan yang sepatutnya mereka terima atas 'usaha' mereka itu..hurm..dunia2...

Seperti yang saya tahu...walaupun di dunia tidak adil buat golongan bijak pandai ini, tetapi keadilan Allah masih ada..jadi jangan lah menyerah kalah, teruskan berusaha selagi berdaya, sy tahu semua org di muka bumi ini berdaya selagi cita2 tidak tergapai..gapailah cita2 itu selagi ia membawa kebahagiaan...Allah Maha adil dan maha mengetahui...ingatlah, sesungguhnya Allah amat mengasihi umat2 Nya...jadi teruskan usaha kamu...amin..

Kehidupan


14 may 2011...2.30 pagi...


Malam nie terasa xboleh tido...hurm..xtahu kenapa...bile pejam je mata teringat zaman masa sekolah, matrix n university...Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar...bila mata xngntok...tngan pun terasa macam nak menaip..then cepat2 bukak blog nie...sebenarnya xtahu nak taip apa...terlalu sunyi sangat malam nie...hurm...

hati ni rasa macam rindu kat kawan2 sekolah dulu...saat2 yang paling best adalah saat2 di sekolah menengah dulu...mana xnyer, kawan sume satu kepala...terasa bahagia sngat time tue...hurm..rindu2..

"Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk mengharungi segala dugaan di duniaMu ini...sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah...tunjukkan lah aku jalan menuju kejayaan Ya Allah...jalan menuju keredhaanMu...amin"

Bukan mudah untuk mengecapi kejayaan, dan amat mudah untuk gagal....sekiranya tersalah langkah pasti membawa padah...tambah2han dunia semakin hari semakin maju...so, pemikiran manusia semua semakin hari semakin maju dan kehadapan...sukar untuk kita menjagkakan hari muka...dan sudah tentu kita semua mengimpikan yang terbaik...untuk menjadi yang terbaik memang lah payah...ketabahan, keyakinan, pengorbanan amatlah di perlukan...yang paling penting adalah usahan dan doa hendaklah sentisa berseiringan baru hidup bertambah sempurna...hurm...

Kadang2 kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita miliki selama ini...Allah jadi kan manusia sama sahaja...tiada lebih tiada kurang...kadang2 kita selalu mengidamkan apa yang orang lain ada dan selalu mengimpikan yang terbaik untuk diri sendiri...dan akhirnya sikap itu memakan diri sendiri akibat terlalu mengikut nafsu dan perasaan...bila diri sudah binasa maka hidup tidak bermakna...so, rosaklah diri kita...hurm..dunia2...

walau apa pun yang terjadi..jgn lah cepat mengaku kalah...bersainglah selagi kita mampu...sy yakin semua manusia mampu bersaing untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik...kerana hidup bersaing ke arah kebaikan adalah amat bagus untuk kesihatan malah dapat memperbaiki kehidupan kita kearah kesejahteraan dari semasa ke semasa..jadi bersainglah wahai kawan2...sekian wasallam..

The Cave Of The Golden Rose still mantap!!












The Cave Of The Golden Rose adalah antara salah satu filem kegemaranku...filem italy ini berunsurkan fantasy, ianya diterbitkan sekitar tahun 1993 oleh pegarahnye Lemberto Bava. Barisan-barisan pelakon utama yang menjaya kan cerita ini adalah Alessandra Martines sebagai Fantaghiro, Kim Rossi Stuar sebagai Romualdo, Nicolas Roger sebagai Tarabas serta seekor angsa yang boleh berkata-kata. Tak salah saya la, filem ini keluar di kaca television time saya kecil dahulu. Tak silap saya dua kali cerita ini di tayangkan..hurm..memang kenangan betol cerita ini..Ramai juga antara kita yang meminati cerita ini, memang tak miss langsung setiap episod yang di tayangkan.

Time tengok citer ni, minat sangat tengok fantaghiro. Dia adalah seorang wanita yang sangat aggressive, berani serta tabah. Dia sentiasa hidup dengan misi nya untuk mencari kekasihnya Romualdo sehingga sanggup menyamar sebagai lelaki. Cita-cita nya untuk menghidupkan kekasihnya yang telah di sumpah menjadi patung di tentang hebat oleh keluarganya yang juga merupakan kerabat di raja ketika itu, dengan keberanian serta bimbingan dan tunjuk ajar dari perempuan sihir yang di lakonkan oleh Angela Molina, akhirnya Fantaghiro berjaya dengan misi nya menyelamatkan kekasihnya, kemudian mereka berjaya di kahwinkan di istan dan hidup aman dan damai.

~harap2 rancangan ini dapat diulang tayang balik~peach!!

Bakso cara ringkas dan cepat!!




haaa....sedap x??gambar nie telah di ambil tadi..lepas siap masak jew terus capture gambar nie..huhu..kawan-kawan tau tak apa nama makanan ni??cepat2 teka..ha...ini lah die 'Bakso' dari hasil tangan ku..Best tue sambil-sambil makan bakso kat atas nie sambil tue mengedit2 blog nie..hush...sedapnyer..jangan jealous tau..huhu...

Bakso nie merupakan makanan tradisi indonesia selain mee ayam, soto, gado2 dan sebagainyer..tapi kat Malaysia makanan bakso paling mendapat sambutan...banyak caranya untuk membuat bakso nie, terpulang kepada sesetengah individu untuk mengunakan cara masing2..but kiter juga ader cara tersendiri.. Nak kongsi sikit kat kawan-kawan yang lain, cara-cara untuk membuat bakso mengikut resepi ku...ringkas jer kawan2..tak mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya..sebelum pergi kerja pun sempat..hehehe...jom ikuti langkah2nya..

Resepi Bakso ini untuk seorang makan...

  • Bahan-bahan nya
- Beberapa biji Penthol (sejenis daging bulat) -ikut kehendak kawan2..
- 1 1/2 batang cili padi- ikut tahap kepedasan kawan2..
- 5 biji bawang putih
- Sedikit buah pala
- Sedikit daun sup
- Sedikit air-untuk buat sup
- Secubit garam dan aji- no- moto- ikut rasa kawan2

  • Cara-cara nya
- Cili padi, bawang putih, dan sedikit buah pala di kisar halus
- Masukkan bahan2 kisar tadi ke dalam periuk dan letakkan sedikit air
- Masukkan penthol ke dalam periuk tersebut, dan gaulkan hingga sebati
- Masukkan garam dan aji-no-moto secukup rasa...
- Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan daun sup untuk penambah rasa
(kalau nak tambah mee ke bihun ke, su on ker boleh jer...)

~selesai~

Selamat mencuba!!!

The 10th Kingdom still in my mind!!


The 10th kingdom adalah sebuah cerita fantasi yang di bintangi oleh pelakon2 utamanya seperti kimberly williams sebagai virginia lewis, Scott Cohen sebagai wolf, John Larroquatte sebagai Toney Lewis beserta seekor anjing istana. keempat empat bintang ini lah yang menghidupkan cerita 10th kingdom ini, dan sekali gus menghasilkan jalan cerita yang sungguh memberangsangkan tahniah di ucapkan kepada pengarah cerita ini iaitu David Carson.

10th kingdom ini mengisahkan tentang virginia lewis serta ayahnyer Toney Lewis telah terperangkap ke dalam dunia lain yang mana dunia tersebut tidak pernah di lewati oleh individu sezamannya.Dunia tersebut mempunyai sembilan kerajaan yang pernah di perintah semasa zaman puteri Snow white serta puteri cinderella. Kisah ini bermula semasa pernobatan putera Wendel iaitu cucu kepada puteri Snow white sebagai pemegang tahtah untuk kerajaan empat telah disanggah oleh ratu sihir kerajaan tersebut yang telah terkeluar dari kurungan penjaranya dan dengan jayanye menukar Wendel menjadi anjing namun anjing tersebut berjaya melarikan diri sehingga berjumpa dengan virginia serta ayahnya Toney.Ratu sihir itu akhirnya meminta pertolongan dari wolf untuk menangkap anjing tersebut. Wolf akhirnya berjaya menjumpai anjing tersebut beserta virginia dan ayahnya, namun Wolf mengingkari arahan ratu tersebut untuk membawa anjing tersebut ke istana setelah dia jatuh cinta dengan Virginia Lewis.

Detik-detik cemas bemula keatas mereka berempat. Ratu sihir tersebut sedaya upaya mengunakan cara apa sekali pun untuk menangkap anjing tersebut yang juga bakal putera kerajaan keempat untuk memenuhi kemahuannya menjadi permainsuri kerajaan tersebut.

Akhirnya ratu tersebut berjaya menangkap mereka berempat dan di sini lah segala rahsia terbongkar. Ratu tersebut merupakan ibu kepada Virginia Lewis. Mereka telah terpisah sekian lama dan Virginia serta ayahnya tidak tahu di mana hilangnya perempuan tersebut hingga lah hari tersebut. Pergelutan belaku hingga mengakibatkan ratu sihir itu mati di bunuh anaknya sendiri sekali gus menamatkan misi buruknya serta menamatkan sihirnya ke atas putera wandel, kini bermulalah penobatan putera tersebut sebagai pemegang tahtah kerajaan keempat dan virginia akhirnya balik ke dunia nya yang juga di gelar 10th kingdom bersama kekasihnya Wolf.

Cerita nie memang the best!!setelah lama menanti pihak television memainkan semula cerita nie akhirnya diri ku membuat keputusan mendownload cerita ini sampai habis..sehingga ke hari ini cerita 10th kingdom selalu di mainkan di PC milik ku..huhu..x rugi download citer nie...mmg best!!!


ecah kawen!!sekali gus menjadi pembuka lebaran perkahwinan dalam group kami..




















Allahamdulillah mood untuk wat blog datang balik...hurm..dapat mood pun bile kawan baik ku nak kawen..huhu...Allahamdulillah..majlis perkahwinan kawan ku selamat di jalan kan...tahniah Ecah ngn pasangannyer Mizi..amin..mudah-mudahan mereka hidup bahagia hingga ke anak cucu..

Kami kawan rapat sejak sekolah menengah lagi..satu kelas dari form 4 hingga form 5.. kelas ktorag mmg meng BOOM punyer..ktorg satu kelas perangai mmg giler2 sket..terutama sekali group ktorang 6 org nie..ecah,rita,zurie, naza, flora dan kiter..tp walaupun perangai giler2, kelas kitorg salu menang kelas terbersih..dan kelas terbaik dlm result SPM tahun 2004..

Habis form 5 sume buat hal masing2..Allahamdullillah, sume sambung study...walaupun ktorg jarang berjumpa tp salu jer wat reunion terutama sekali time buka puasa..mmg x miss langsung aktiviti nie sampai skarang..and hope harap dapat di teruskan walaupun semua2 nyer dah beranak cucu...amin...

Tahniah buat ecah lagi..miss u a lot my best friend..harap2 lepas ecah kawen nie hubungan kami tetap rapat seperti dulu..hurm..rasa bangga n best sebab ecah kawen..yela..die la pembuka lembaran perkahwinan dalam group nie...lepas nie saper pulak eak??huhu...harap2 semuanyer berjalan dengan lancar..amin~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

[URL=http://s07.flagcounter.com/more/rQf][IMG]http://s07.flagcounter.com/count/rQf/bg=FFFFFF/txt=00. Powered by Blogger.

nuffnang

Followers

Related Posts with Thumbnails

My Facebook

Follow Me

 Add Me  Follow Me

About Me

My photo
"NeVer LeT thE FeAr Of StRiKiNg OuT KeEp YoU FrOm PlAyInG ThE GaMe..."

Template Brought by :

blogger templates